HomeIsu tempatanUMS tuan rumah Bengkel Strategik Majlis Universiti Awam

UMS tuan rumah Bengkel Strategik Majlis Universiti Awam

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi tuan rumah Bengkel Strategik Majlis Alumni Universiti Awam (MAlumni) 2024 yang telah berlangsung baru-baru ini. 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS merangkap Pengerusi Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia, Prof. Madya Dr. Raman Noordin berkata bengkel tersebut memfokuskan agenda dan perbincangan bagi memperkukuh fungsi serta peranan MAlumni Universiti-universiti Awam Malaysia. 

Menurut beliau lagi, bengkel tersebut turut mengemaskini program yang akan dianjurkan pada tahun ini iaitu Majlis Anugerah Alumni (MAL23).

“Bengkel strategik ini telah berlangsung selama dua hari bermula 25 hingga 26 April dan dihadiri oleh pengarah-pengarah dan wakil pusat alumni universiti masing-masing.

“Antara perkara yang menjadi topik pada bengkel tersebut adalah memurnikan teras utama MAlumni, semakan semula buku panduan pengurusan alumni serta perancangan program berimpak tinggi yang bakal dijalankan pada tahun ini dan tahun hadapan.

“MAlumni merupakan satu platform bagi semua Pusat Alumni universiti awam menggembleng usaha ke arah memperkasakan alumni di seluruh negara,” katanya. 

Bengkel yang diadakan di Bangunan Canselori UMS itu turut dihadiri Pengarah Pusat Alumni UMS, Dr. Arif Kamisan Pusiran serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Nurul Aida Mohd Nordin dan Penolong Pengarah Unit Khidmat Pengurusan BHEP KPT, Idura Yaakup. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular