HomeUtamaPelajar diminta kemaskini maklumat, lokasi kepada kedutaan

Pelajar diminta kemaskini maklumat, lokasi kepada kedutaan

Read Time:1 Minute, 21 Second

Bongawan : Pelajar khususnya yang berada di negara bergolak diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkata, mana-mana pelajar yang belum mendaftar keberadaan mereka terutama di kawasan Timur Tengah untuk segera berbuat demikian.

“Kita mempunyai pelajar lebih kurang 2,000 lebih pelajar yang kini berada di Jordan. Selain mengemaskini maklumat, para pelajar yang berada di negara yang bergolak ini juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti arahan daripada pihak berkuasa tempatan dan arahan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dari masa ke semasa.

“Saya juga maklum terdapat kebimbangan dikalangan ibu bapa terutama apabila krisis di Timur Tengah meletus baru-baru ini.  Walaubagaimanapun, saya ingin menyatakan bahawa ibu bapa jangan bimbang, jangan khuatir kerana keadaan masih terkawal.

“Pada ketika ini, kerajaan membuat keputusan belum sampai tahap dimana adanya keperluan membawa pelajar-pelajar ini balik kerana keadaan masih selamat dan terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kementerian beliau di Dewan Terbuka Tapak Tamu Bongawan, di sini semalam.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata, pihaknya memberi jaminan Wisma Putra dan KPT akan sentiasa memantau krisis yang berlaku di Timur Tengah dari masa ke semasa.

Terdahulu, pada majli itu, kira-kira 5,000 tetamu hadir memeriahkan majlis yang diadakan bertujuan mengeratkan silaturrahim diantara para pemimpin dan rakyat.

Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam, Awang Hipni Matarsad, Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Dr Huang Shi Fang dan Konsul Jeneral Korea Selatan di Kota Kinabalu, Joo Jung Cheol.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu MA63: Jabatan Peguam Besar Negeri komited pertahankan hak perlembagaan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular