HomeUtamaTragedi kepala air: Ketiga-tiga mayat mangsa berjaya dikeluarkan

Tragedi kepala air: Ketiga-tiga mayat mangsa berjaya dikeluarkan

Read Time:1 Minute, 5 Second

LAHAD DATU: Ketiga-tiga mayat mangsa insiden kepala air di Lembah Mak Sina River Trekking di sini, telah berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian pada jam 12.00 tengahari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bombw dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat ketiga-tiga seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 1.00 petang tadi.

Terdahulu, Ketua Balai Bomba Lahad Datu ,Sumsoa Rashid ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian dan memaklumkan operasi hari kedua hari ini (6 Mei), tiga jasad mangsa telah ditemui tertimbus di bawah kayu balak pada jam 1.37 pagi tadi.

Menurut Sumsoa, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.28 malam tadi (5 Mei).

“Kejadian melibatkan seramai 15 orang mangsa terperangkap di seberang sungai disebabkan berlakunya kejadian kepala air semasa menjalankan aktiviti hiking di Lembah Mak Sina River Trekking Pantai Makuau, Lahad Datu.

“Dua orang mangsa telah berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan Bomba dan sembilan orang mangsa telah berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh pasukan penyelamat. Manakala tiga orang mangsa belum ditemui pada ketika itu.

“Selain pasukan Bomba dari BBP Lahad Datu dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan semalam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek infrastruktur air dilancar, tingkatkan kualiti dan ketersediaan bekalan air

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular