HomeUtamaECoS umum Pendaftaran Syarikat Kontraktor Elektrik Berdaftar untuk kerja pemasangan Solar PV

ECoS umum Pendaftaran Syarikat Kontraktor Elektrik Berdaftar untuk kerja pemasangan Solar PV

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) mengumumkan pendaftaran sepuluh syarikat kontraktor untuk kategori baru kontraktor elektrik: Kontraktor Elektrikdengan Kelas PV (Grid-Connected) (ECCPV (GC)).

Menerusi Enakmen Bekalan Elektrik 2024, kategori baru ini membolehkan ECoS mengawal pemasangan sistem fotovoltaik (PV) suria di Sabah secara berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abd Nasser Abd Wahid berkata, tanggungjawab ECoS adalah untuk memastikan semua kerja pemasangan dilakukan oleh golongan yang berkelayakan dan operasi sistem-sistem ini selamat digunapakai oleh pengguna dan pemilik aset tenaga solar di negeri ini.

“ECoS mengucapkan tahniah kepada syarikat-syarikat peneraju yang telah menjadi kumpulan pertamakontraktor ECCPV (GC) berdaftar di Sabah,” katanya.

Nasser berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Sijil Lesen kepada sepuluh syarikat kontraktor yang telah dinilai dengan teliti serta memiliki kelayakan dan pengalaman mengikut garis panduan yang diwajibkan di sini, hari ini.

Beliau menambah bahawa acara ini merupakan satu kejayaan penting bagi ECoS dan sektor tenaga boleh baharu untuk melaksanakan program tenaga solar di Sabah.

“Program Grid-Connected Solar Photovoltaic System For Self Consumption di Sabah (SELCO – PV SABAH) adalah program yang diperkenalkan oleh ECoS untuk membolehkan pengguna di Sabah memasang sistem solar PV di premis masing-masing bagi penggunaan sendiri (self consumption).

“Program Selco-PV membolehkan pengguna menghasilkan tenaga elektrik sendiri yang mampu menjimatkan bilelektrik dan boleh membantu mengurangkan penggunaan bahan api fosil, dan mempromosikan tenaga bersih.

“Kami berharap lebih banyak pengguna akan mengambil bahagian dalam program ini kerana ia boleh membantu mengurangkan kekangan kapasiti tenaga elektrik terutamanya pada waktu siang,” jelas Nasser.

Beliau menekankan bahawa ECoS akan terus meningkatkan campuran tenaga boleh baharu serta mengenal pasti sumber-sumber lain dan teknologi untuk jangka masa panjang, selaras dengan pelan induk tenaga iaitu Sabah Energy Roadmap and Masterplan 2040 (SE-RAMP 2040) yang dilancarkan pada bulan September lalu.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web ECoS (www.ecos.gov.my). Pengguna juga boleh menghantare-mel ke [email protected].

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular