HomeUtamaPengerusi SPR Bersara Wajib

Pengerusi SPR Bersara Wajib

Read Time:1 Minute, 0 Second

CYBERJAYA : PRK Kuala Kubu Baharu merupakan Pilihanraya terakhir bagi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib mulai semalam selepas mengetuai badan itu selama empat tahun.

SPR dalam kenyataan berkata Abdul Ghani menjawat jawatan berkenaan selama empat tahun iaitu bermula Ogos 2020. 

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan bekas Setiausaha SPR itu akan memegang jawatan sebagai Pengerusi sehingga beliau mencapai usia 66 tahun. 

Untuk rekod selain berkhidmat dalam SPR, Abdul Ghani sebelum ini pernah menyandang beberapa jawatan termasuk Yang di-Pertua Majlis Daerah Kuala Langat, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat dan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Pegawai Daerah Gombak, Selangor.

Abdul Ghani dilaporkan berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang berlangsung esok adalah tugasan terakhirnya sebagai Pengerusi. 

Katanya, sepanjang menjawat jawatan berkenaan, pilihan raya ketika penularan COVID-19 adalah pengalaman yang paling diingati.

“Pilihan raya zaman COVID-19 paling seronok dan diingati. Paling saya tidak boleh lupakan kes di Melaka, yang mana Pegawai Pengurus dijangkiti COVID-19.

“Namun pegawai itu terpaksa memakai pakaian perlindungan diri (PPE) ketika hendak serah borang pencalonan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia rakam takziah, simpati pada Iran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular