HomeUtamaPusat Hiburan Di Kuala Lumpur terbakar, dipercayai dikhianat dengan bom petrol

Pusat Hiburan Di Kuala Lumpur terbakar, dipercayai dikhianat dengan bom petrol

Read Time:52 Second

CYBERJAYA : Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 45 saat berhampiran premis Sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur terbakar selepas dipercayai dibaling dengan bom petrol, awal pagi semalam.

Rakaman itu menunjukkan empat lelaki menaiki dua motosikal berhenti di hadapan premis terbabit dan membaling dua bom petrol sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Satu lagi rakaman video berdurasi 42 saat yang turut tular di media sosial pula menunjukkan premis berkenaan terbakar dengan terdapat orang awam membantu memadamkan kebakaran.

Berdasarkan tarikh dan masa yang terdapat pada rakaman video CCTV terbabit, kejadian itu berlaku jam 2.18 pagi, 9 Mei (semalam).

Sementara itu,menurut laopran Metro  Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Nazron Abd Yusof ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Kita ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. Berdasarkan rakaman CCTV itu, kejadian berlaku jam 2.18 pagi tadi tetapi masa sebenar kejadian masih disiasat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pemotong rumput luka tembus di lengan kanan, terkena tembakan senjata tiruan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular