HomeIsu tempatanAmbuyat berpotensi untuk dikomersialkan ke peringkat lebih tinggi

Ambuyat berpotensi untuk dikomersialkan ke peringkat lebih tinggi

Read Time:1 Minute, 26 Second

Beaufort : Makanan tradisi ambuyat yang popular dalam kalangan masyarakat di negeri ini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi setempat khususnya di luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, potensi untuk hidangan tradisi itu diperluaskan kepada pengunjung luar termasuk pelancong juga dilihat sangat tinggi.

“Jadi harapan kita kepada pengusaha yang sudah pun mencebur diri dalam penyediaan sagu ini agar dapat meningkatkan lagi kemahiran khususnya dari segi kebersihan, pembungkusan dan lain-lain.

“Ini sudah tentu akan dapat meyakinkan lagi pelancong yang datang berkunjung seterusnya merasai kelazatan ambuyat itu sendiri dan sudah tentu mereka tidak akan rasa ragu-ragu.

“Jadi bila tiada keraguan, mereka mempunyai keyakinan begitu tinggi dan akhirnya mereka dapat mempromosikan lagi keunikan ambuyat ini kepada kawan dan keluarga mereka untuk datang berkunjung ke sini seterusnya merasai ambuyat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima dan menyambut 14 pelancong dari negara Perancis di Walai Homestay Kampung Keramis di sini.

Kumpulan pelancong berkenaan datang bagi melihat sendiri keunikan makanan tradisional sukuk amu Bisaya iaitu Sagu.

Rombongan itu turut dibawa ke kilang memproses sagu yang sejajar dengan hala tuju Lumadan Sejahtera agar pemprosesan sagu itu akan dapat dikomersialkan bagi meningkatkan sumber ekonomi penduduk.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, atas dasar itu, pihaknya  telah mewujudkan satu jawatankuasa ekonomi bagi Zon Lumada.

Katanya, jawatankuasa itu akan bergerak dan membimbing anak tempatan untuk dilatih bagi memproses sagu sebagai salah satu sumber pendapatan.

“Ada antara pengusaha kini sudah berusia dan perlu melatih anak-anak mereka yang mungkin tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi.

“Justeru denga nada kemahiran yang sedia ada dari ibu bapa mereka, sudah tentu ianya akan dapat membantu meningkatkan lagi sumber ekonomi keluarga mereka,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tiga kompaun dikeluarkan ke atas premis hiburan langgar peraturan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular