HomeUtamaKePKAS ambil tindakan, langkah tertentu cegah kemalangan libatkan aktiviti paragliding

KePKAS ambil tindakan, langkah tertentu cegah kemalangan libatkan aktiviti paragliding

Read Time:1 Minute, 46 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah memandang serius insiden kemalangan yang membabitkan pelancong China yang cedera ketika melakukan aktiviti paragliding di Ranau baru-baru ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, tindakan dan langkah tertentu diambil bagi mengawal keselamatan dan mencegah kemalangan berlaku kembali.

Katanya, berikutan itu pihaknya telah mengadakan satu mesyuarat khas bersama pihak-pihak berkuasa berkenaan yang telah dipengerusikan Setiausaha Tetap KePKAS.

“Mesyuarat ini turut mencadangkan beberapa tindakan yang wajar diambil antaranya syarikat-syarikat yang terbabit dengan kemalangan yang melibatkan pelancong-pelancong perlu menangguhkan sementara pengoperasian aktiviti
paragliding tempoh masa sekurang-kurangnya 14 hari bagi memberi ruang kepada pihak-pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Selain itu, Persatuan Luncur Udara Negeri Sabah (PLUS) perlu mengadakan perbincangan bersama Malaysian Sport  Aviation Federation (MSAF) untuk memperhalusi garis panduan aktiviti paragliding di Sabah.

“Ini termasuklah mengambil kira faktor-faktor seperti kompetensi jurupandu, kelengkapan peralatan, lokasi pelancaran dan pendaratan, keadaan angin dan cuaca, lesen kenderaan yang mengangkat pelancong dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain, kesediaan kemudahan keselamatan di pekeliling, dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Christina berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu memantau aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelancong dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.

Selain itu katanya, sebarang Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Paragliding perlu diluluskan oleh pihak yang berkuasa. 

Tambahnya lagi, PLUS turut dipohon untuk menyemak punca-puncakuasa dan pihak yang berkuasa dalam perkara ini.

Mesyuarat yang diadakan pada Rabu lalu itu turut dihadiri Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah (JPBNS), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Pejabat Daerah Ranau dan PLUS.

Christina berkata, mesyuarat itu juga maklum bahawa dalam masa yang terdekat ini terdapat acara-acara yang melibatkan paragliding akan diadakan.

Antaranya seperti Sonsoluyon Paragliding Accuracy Championship dijadual pada 25 dan 26 Mei ini.

“Maka mesyuarat bercadang supaya pihak Majlis Daerah dan Pejabat Daerah menimbangkan semula pelaksanaan acara-acara ini,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO BORNEO PARAGLIDERS

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular