HomeUtamaRakyat Sabah di Semenanjung diseru daftar diri di SMPENSA

Rakyat Sabah di Semenanjung diseru daftar diri di SMPENSA

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kuala Lumpur : Rakyat Sabah yang tinggal di Semenanjung diseru untuk mendaftarkan diri didalam Sistem Maklumat Penduduk Sabah Yang Menetap di Semenanjung Malaysia (SMPENSA).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sistem itu merupakan satu inisiatif Kerajaan Sabah bagi memudahkan pengurusan hal-hal berkaitan kebajikan rakyat negeri itu khususnya yang berada di Semenanjung.

Katanya, melalui data-data yang diperolehi akan dapat memudahkan lagi Kerajaan Sabah menyalurkan bantuan berkaitan agar kesejahteraan rakyat di Semenanjung tidak terabai.

“Bagi mereka yang belum lagi mendaftar dengan SMPENSA agar dapat berbuat demikian melalui sistem yang boleh dilayari di laman sesawang Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur iaitu sebuah agensi Kerajaan Sabah yang beroperasi di Semenanjung.

“Pejabat ini berperanan secara langsung dalam mengendalikan SMPENSA. Antara fungsi pejabat ini adalah memberi bantuan kebajikan kepada rakyat Sabah di Semenanjung bagi kes-kes yang dirujuk.

“Antaranya seperti pengurusan penghantaran balik jenazah ke Sabah, memberi bantuan kepada pesakit yang dirujuk dari mana-mana hospital di Sabah untuk membuat rawatan susulan di Semenanjung dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri bersama warga Sabah di Semenanjung di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Hajiji berkata, berdasarkan statistik, sebanyak 136 kes penghantaran jenazah dihantar balik ke Sabah pada tahun lalu sehingga April tahun ini.

Katanya, ia adalah melibatkan kos sebanyak RM597,783.95. Kos tersebut telah ditanggung oleh Kerajaan Sabah melalui Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur.

“Selain itu, Pejabat Perhubungan Negeri juga merupakan Pusat Perantara bagi memudahkan apa jua urusan yang berkaitan dan melibatkan Kerajaan Sabah dan Persekutuan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular