HomeSukanVAR tidak berfungsi musnahkan impian skuad Badak

VAR tidak berfungsi musnahkan impian skuad Badak

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu : Satu sepakan penalti mungkin boleh diberikan kepada Sabah FC pada aksi pertama Liga Super menentang Penang FC di Stadium Likas di sini petang semalam jika Video Pembantu Pengadil (VAR) yang mula digunakan dalam saingan Liga Super musim ini, berfungsi.

Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, peluang baik itu dilihat boleh membantu pasukannya memperoleh tiga mata di laman sendiri namun terpaksa menerima hakikat bahawa teknologi itu tidak dapat digunakan pada saat akhir

“Kalau ada VAR kemungkinan ada penalti untuk kita, tapi itu kita harus terima di mana pada saat-saat akhir VAR tidak dapat digunakan.

“Jadi, kemungkinan kali ini tidak membantu kita tetapi pada perlawanan akan datang mungkin dengan adanya VAR akan tambah baik dari segi  keputusan untuk membantu pengadil,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Dalam aksi malam tadi, pemain Sabah FC mendakwa berlaku ‘handball’ di kawasan kotak penalti Pulau Pinang ketika perebutan bola berlaku di antara Saddil Ramdani dengan seorang pemain pasukan pelawat pada minit ke-77.

Bagaimanapun, pengadil dipercayai tidak melihat situasi itu dan hanya memberikan Sabah sepakan sudut, manakala semakan VAR tidak dapat dibuat kerana tidak berfungsi.

Sistem VAR di Stadium Likas dilaporkan tidak dapat digunakan pada saat akhir menjelang sepak mula yang bermula pada jam 5.45 petang semalam disebabkan masalah teknikal.

Berikutan itu, Sabah terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata dengan Pulau Pinang apabila seri tanpa jaringan sehingga tamat perlawanan pada kira-kira jam 7.40 malam tadi.

Dalam pada itu, Kim Swee mengakui akur apabila pasukannya tidak mendapat keputusan yang dikehendaki walaupun mengawal pernainan dengan baik.

“Secara keseluruhan, kita mengawal permainan dengan baik dan  kita harus memperbaiki terutama dari aspek penyudah di mana banyak peluang yang kita cipta namun kita tidak dapat menjaringkan gol.

“Bermain di tempat sendiri tanpa mendapat kemenangan pada perlawanan pertama memberi sedikit kesan pada permulaan musim namun masih terlalu awal untuk membuat penilaian kerana baru melalui satu perlawanan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular