HomeUtamaMOSAR bantu turunkan pendaki alami sakit perut, muntah dan pening

MOSAR bantu turunkan pendaki alami sakit perut, muntah dan pening

Read Time:49 Second

KUNDASANG: Pasukan Bomba Bantuan (PBB) Mountain Search and Rescue (MOSAR) Gunung Kinabalu membawa turun seorang pendaki wanita yang mengalami sakit perut, muntah dan pening di Kilometer 2, dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu pada Selasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihak Balai Bomba Ranau menerima panggilan kecemasan pada jam 2 petang pada Selasa (14 Mei) mengenai kejadian itu.

“Pasukan MOSAR seramai lima orang diketuai oleh PBB Feliks Taimin selaku Komander Operasi bersama malim gunung telah bergegas ke lokasi mangsa.

“Sejurus tiba di lokasi tersebut, terdapat seorang pendaki mengalami sakit perut, muntah, pening dan mengadu tidak mampu berjalan di Kilometer 2 yang dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu.

“Mangsa seorang perempuan berusia 25 tahun itu kemudiannya di bawa turun dengan menggunakan kaedah ‘piggyback carry’.

“Sebaik tiba di Timpohon Gate, mangsa telah diserahkan kepada petugas perubatan Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, operasi membawa turun mangsa tamat sepenuhnya pada jam 4.15 petang.

RELATED ARTICLES
Utama

MTCP : Diplomasi Budaya 2024 kukuhkan hubungan dua hala

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular