HomeUtamaSime Darby Plantation sumbang RM100,000 kepada YKS

Sime Darby Plantation sumbang RM100,000 kepada YKS

Read Time:37 Second

Kota Kinabalu : Sime Darby Plantation menyerahkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Yayasan Kebajikan Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan sumbangan itu daripada Pengerusi Sime Darby Plantation Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani kepada Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah Dg. Rugayah Awang Besar di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Hajiji turut diberi taklimat berhubung operasi Sime Darby Plantation di Sabah.

Selain itu, Yayasan Kebajikan Sabah ditubuhkan sejak 2021 untuk membantu kerajaan negeri dalam menggerakkan agenda kebajikan rakyat di negeri ini.

Antaranya menyalurkan sumbangan kebajikan kepada golongan kurang berkemampuan dan berkeperluan khas.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Diyanah Abdullah; Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Plantation Datuk Mohamad Helmy Othman Basha dan pengurusan kanan syarikat itu. 

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular