HomeUtamaMembakut dilanda banjir, 24 KIR ditempatkan di PPS

Membakut dilanda banjir, 24 KIR ditempatkan di PPS

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Daerah Membakut diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir bermula hari ini berikutan hujan yang turun dalam beberapa hari lalu.

Pegawai Daerah Membakut yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Membaku Ibrahim berkata, bencana banjir itu menyebabkan beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ mula terjejas.

“Dengan ini berdasarkan maklumat lapangan dan laporan yang diterima daripada agensi-agensi JPBD Membakut adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Membakut yang menyebabkan beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ mula terjejas.

“Saya telah mengarahkan agar semua agensi keselamatan berada di lapangan bagi memantau dan melakukan penilaian semasa keadaan banjir, terutamanya bagi tujuan pemindahan mangsa banjir,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ibrahim berkata,Bilik Gerakan Bencana (PKOB) Daerah Membakut juga telah dibuka dan semua petugas jabatan diminta bertugas sesuai tugas dan jadual yang telah ditetapkan.

Katanya, LKOB daerah Membakut telahpun diaktifkan secara rasminya dan digerakkan sepenuhnya.

Sementara itu, JPBD Membakut dalam satu kenyataan memaklumkan sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kesenian Islam di sini dibuka bagi menempatkan 24 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas banjir setakat jam 9 malam tadi.

Menurut JPBD, sebanyak dua buah kampung terlibat antaranya Kampung Kayai dan Kampung Brunei.

“Daripada jumlah itu, sebanyak tiga KIR melibatkan tujuh orang mangsa dari Kampung Kayai dan 21 KIR (65 mangsa) adalah dari Kampung Brunei

Dalam pada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut turut berkesempatan melawat mangsa terlibat yang ditempatkan di PPS Dewan Kesenian Islam malam tadi.

“Malam ini saya berkesempatan melawat mangsa yang terjejas banjir yang ditempatkan di PPS selain turut bertanyakan khabar kepada mereka.

“Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang penuh dedikasi. Saya difahamkan beberapa sekolah turut ditutup kerana digenangi air, saya turut berharap agar esok semuanya akan mula reda,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

51 ‘sumandak’ Sabah bakal rebut gelaran UNK Kebangsaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular