HomeUtamaHajiji terima kunjungan hormat delegasi US-ASEAN Business Council

Hajiji terima kunjungan hormat delegasi US-ASEAN Business Council

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat delegasi daripada US-ASEAN Business Council di Menara Kinabalu di sini, pada Khamis.

Kunjungan hormat itu diketuai oleh Bekas Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Naib Presiden Kanan & Pengarah Urusan Serantau, Brian McFeetersa, bertujuan untuk meneroka dan meningkatkan peluang perniagaan di rantau ini.

Beliau turut diiringi Pemangku Pengarah Urusan Serantau dan Ketua Perwakilan Negara-Malaysia Tina Jamaluddin dan rakan sekutu bagi pelancongan-Malaysia Ethan Rozario.

Turut hadir wakil Invest Sabah Berhad diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Dr Firdausi Suffian bersama rombongan bagi memupuk usaha kerjasama itu.

Semasa pertemuan itu, McFeeters dan delegasinya menekankan potensi peningkatan pelaburan dan peluang perkongsian dalam pelbagai sektor, termasuk penjagaan kesihatan, farmaseutikal, pengangkutan dan kemampanan.

Perbincangan tertumpu kepada memanfaatkan lokasi strategik Sabah, sumber dan persekitaran mesra perniagaan untuk menarik dan mengekalkan pelaburan asing.

Dalam pada itu, Hajiji mengalu-alukan minat delegasi itu dan menyatakan komitmennya untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelabur asing.

“Kami berminat untuk meneroka peluang kerjasama baharu yang boleh membawa pertumbuhan ekonomi dan pembangunan ke Sabah,” katanya.

Sementara itu, Brian menekankan US-ASEAN Business Council untuk mengukuhkan hubungan ekonomi antara Amerika Syarikat dan khususnya Sabah.

“Delegasi kami kagum dengan potensi Sabah dan pendekatan proaktif kerajaan negeri. Kami berharap dapat membina perkongsian yang saling menguntungkan yang menyumbang kepada pertumbuhan negeri,” katanya.

Lawatan tersebut adalah satu langkah ke arah meningkatkan hubungan perniagaan Amerika Syarikat dengan Sabah melalui Invest Sabah Berhad dan menekankan kepentingan Sabah sebagai destinasi pelaburan pilihan.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular