HomeUtamaNurul Yanadido juara Tati Tinandai Togingo

Nurul Yanadido juara Tati Tinandai Togingo

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu: Nurul Yanadido dinobatkan juara Tati Tinandai Togingo pada Linundus Unduk Ngadau Bandaraya Kota Kinabalu di sini petang tadi.

Program yang berlangsung di The Oval, Centre Atrium, IMAGO Shopping Mall itu menyaksikan Nurul membawa pulang hadiah tunai RM2,000, tiara, piala, selempang dan jambangan bunga.

Hadiah disampaikan isteri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datin Florence I. Malangkig.

Sementara itu, naib juara Tati Tinandai Togingo dimenangi Audreal Diane Chai Qi, dan tempat ketiga dimenangi oleh Locebeth Linsing.

Mereka masing-masing menerima hadiah tunai RM1,500 dan RM1,000 serta sebuah tiara, piala, selempang dan jambangan bunga.

Manakala 12 lagi finalis iaitu Eva Su Yi Enn, Shesenesellis Verra Juud, Crystell Esther Kim Lee, Sylvie Chantik, Zona Qize Mantun, Shellyn Cherryna, Eva Carmen Gunsoi Victor, Shelyanie Stavent, Jovita Claire Joseph, Gladys Lajurus David, Emily Fung Yee Jen dan Gillian Gabriel memenangi saguhati.

Kesemua mereka menerima hadiah tunai RM500 dan jambangan bunga.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan Pengarah Eksekutif Asian Pac Holdings Berhad/IMAGO Shopping Mall Dr. Raymond Yu Tat Loong.

Sementara itu, Nurul turut dinobatkan pemenang ‘Miss Natural Beauty’ selain Jovita Claire Joseph dinobatkan ‘Miss Friendly’ dan Emily Fung Yee Jen diberikan Anugerah Khas Finalis Berperwatakan Positif dan Berdisiplin.

Mereka bertiga masing-masing membawa pulang hadiah tunai RM800, tiara, piala, selempanh dan jambangan bunga dan hadiah disampaikan Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu Datin Sri Adreen Aderizza Mohamad Soffi.

Hadir menyempurnakan majlis itu ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir yang mewakili Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew.

Pertandingan Akhir Unduk Ngadau Bandaraya Kota Kinabalu akan berlangsung esok di The Oval, Ground Floor, IMAGO Shopping Mall bermula jam 1 petang. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular