HomePendapatIsu Tekanan, Keseimbangan Gender Serta Bebanan Tugas Terus Menghantui Warga Pendidik

Isu Tekanan, Keseimbangan Gender Serta Bebanan Tugas Terus Menghantui Warga Pendidik

Read Time:8 Minute, 4 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

1.        Selamat Hari Guru!

2.        Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, Hari Guru di sambut di seluruh negara untuk meraikan peranan, jasa serta pengorbanan guru. Pada hari tersebut, sekolah-sekolah meriah dengan pelbagai bentuk sambutan yang di adakan untuk menghargai guru. Ini termasuklah sesi pemberian hadiah oleh pelajar kepada guru, antaranya: kek, bunga, cenderahati. Malah ada guru bertuah mendapat jewellery!

3.        Sasterawan Negara Dato’ Usman Awang telah merumuskan peranan guru dengan begitu lengkap dan indah di dalam sajak beliau pada tahun 1979.

4.        Walaupun zaman terus berubah, peranan guru tetap sama dan tidak akan berubah, iaitu mendidik anak muda selaras dengan agenda pembangunan modal insan negara. Malah tugas guru mungkin bertambah berat di era teknologi masakini yang telah menghasilkan pelbagai cabaran, kehendak dan harapan.       

5.        Maka tidaklah mengejutkan ramai guru di seluruh negara menghadapi tahap stres yang tinggi dan burnout yang ketara. Ini telah menjejaskan kesihatan mental dan fizikal guru, yang seterusnya mengakibatkan kualiti kerja guru menurun. Akhirnya, pelajar juga yang ‘menanggung rugi’ kerana tidak mendapat pembelajaran yang sewajarnya dari guru-guru yang terkesan.

6.        Pada tahun 2018, Menteri Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa dari hasil kajian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), daripada 48,258 guru yang terlibat dengan soal-selidik berkaitan stres, sejumlah 4.4% (2,123 guru), telah di kenal-pasti mengalami stres tahap sederhana tinggi.    

7.        Malah, pada tahun 2023, Ketua Menteri Melaka telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk menyiasat punca 648 guru (4.6%) daripada sejumlah 13,976 guru di Melaka yang di dapati mengalami tekanan dan kemurungan.

8.        Jumlah guru yang mengalami stres dan isu kesihatan mental berkemungkinan lebih tinggi daripada data sediada kerana ramai guru merasa malu dan takut untuk mengakui masalah yang di hadapi. Guru bimbang jika isu kesihatan mental di ketahui oleh pihak sekolah, pelajar dan juga ibu-bapa, guru akan hilang rasa-hormat dan kepercayaan sebagai guru serta menjejaskan pembangunan kerjaya. 

9.        Antara punca utama yang menyebabkan guru mengalami stres yang tinggi ialah beban tugas yang terlampau banyak dan bidang tugas yang melangkaui asas hakiki perguruan. Ini termasuklah menjalankan kerja pentadbiran atau pengkeranian di sekolah. 

10.      Sebagai contoh. Seorang guru di sekolah mungkin memikul melebihi 5 tugas dan tanggungjawab yang rasmi seperti: guru kelas, guru sukan, guru ko-kurikulum, guru panitia dan guru warden asrama. Di samping itu, guru turut mengalas tugasan ‘tidak rasmi’ seperti: mencantikkan kelas dan sekolah, menganjurkan aktiviti di sekolah, menguruskan kelas tambahan selepas sesi sekolah, membawa pelajar melawat ke luar sekolah.

11.      Oleh kerana itu, ramai guru telah mengambil keputusan untuk bersara awal. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, seramai 6,394 guru (1.49%) telah bersara secara pilihan pada tahun 2023. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 21%, berbanding dengan tahun 2022 (5,306 guru: 1.23%).

12.      Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah pasti mengetahui dan memahami faktor yang menyebabkan ramai guru memilih untuk bersara awal. Justeru itu, KPM wajar melaksanakan tindakan yang dapat mendorong guru agar terus kekal di dalam perkhidmatan. Proses menggantikan guru berpengalaman yang bersara awal sememangnya melibatkan kos yang agak besar dan tempoh masa yang lama. Sekiranya jumlah guru bersara awal terus meningkat tinggi, ini akan merencatkan agenda pendidikan negara.    

13.      Fakta menarik: Menurut rekod Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), berdasarkan jumlah 6,890 guru yang bersara awal secara pilihan sepanjang tahun 2021 dan 2022, pecahan guru mengikut kepakaran subjek adalah: Bahasa Melayu (2,862 orang: 41.5%), Bahasa Inggeris (1,146 orang: 16.6%), Matematik (1,015 orang: 14.7%), Pendidikan Islam (755 orang: 10.9%), Sains (629 orang: 9.1%), Sejarah (483 orang: 7%), 

14.      Jumlah ramai guru yang memilih untuk bersara awal telah menyumbang kepada isu kekurangan guru yang di hadapi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pada September 2023, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berkata terdapat kekurangan melebihi 20,000 guru di sekolah seluruh negara. Menurut beliau, isu kekurangan guru yang dahulu di kaitkan dengan sekolah di luar bandar dan pendalaman, tapi kini turut di hadapi oleh sekolah bandar. Malah, isu kekurangan guru merupakan aduan tertinggi yang di terima oleh NUTP.

15.      Ini bermakna, dengan sejumlah 10,233 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, secara purata setiap sekolah menghadapi kekurangan sebanyak 2 guru. Menurut Presiden NUTP, ada sekolah yang pernah menghadapi kekurangan sehingga 10 guru pada satu masa.

16.      Apabila ada kekurangan guru, guru sediada di sekolah berkenaan terpaksa menampung tugas guru yang tiada. Ini sudah pasti menambah beban kerja guru sediada, dan seterusnya meningkatkan stres guru. Lagi lambat kekosongan guru berkenaan di isi, maka guru sediada terpaksa menanggung bebanan kerja yang besar untuk tempoh yang lama.

17.      Pada November 2023, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyelesaikan isu kekurangan guru tersebut secara berperingkat dalam tempoh masa beberapa tahun.

18.      Pada Februari 2024, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaporkan bahawa seramai 18,792 guru baru telah di lantik sepanjang tahun 2023. Daripada jumlah tersebut, seramai 9,155 guru telah di tempatkan di sekolah rendah, dan 9,637 guru di sekolah menengah.

19.      Menurut data ‘terkini’ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pada tahun 2022, jumlah guru di seluruh negara ialah 418,544 orang, yang merangkumi 119,979 (28.7%) guru lelaki dan 298,565 (71.3%) guru wanita.

20.      Seterusnya, pecahan guru mengikut peringkat sekolah adalah:

  • sekolah rendah: 236,365 guru

lelaki: (68,936 guru: 29.2%), wanita: (167,429 guru: 70.8%)

  • sekolah menengah: 182,179 guru

lelaki: (51,043 guru: 28%), wanita: (131,136 guru: 72%)

21.      Data berkenaan jelas menunjukkan satu lagi isu yang di hadapi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu ketidakseimbangan ketara di antara jumlah guru lelaki dan wanita di sekolah.

22.      Sejak tahun 2014 lagi, Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) telah menyuarakan kebimbangan bahawa jurang nisbah guru lelaki dan wanita yang besar boleh menjejaskan pelaksanaan inisiatif pendidikan negara. Presiden KGBS telah menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya mengguna-pakai syarat-syarat khas untuk menambah bilangan guru lelaki.

23.      Sebagai contoh. Jumlah guru lelaki yang kecil boleh merumitkan tugasan sekolah yang melibatkan aktiviti luar bilik darjah, seperti sukan dan ko-kurikulum. Ada ‘cerita kedai kopi’ yang menggambarkan kekurangan guru lelaki di sekolah sudah mencapai tahap kritikal sehinggakan tugas mengendali pasukan bolasepak lelaki sekolah pun terpaksa di galas oleh guru wanita.

Benar atau tidak, hanya sekolah yang tahu.

24.      Secara keseluruhan, jumlah guru sekolah boleh di rumuskan mencukupi untuk mendidik jumlah pelajar di sekolah. Dua bulan lepas, Menteri Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa nisbah guru kepada pelajar di Malaysia berada di tahap yang lebih baik berbanding dengan negara-negara seperti Singapura dan Amerika Syarikat.

25.      Menurut beliau, pada tahun 2023, nisbah guru kepada pelajar di sekolah rendah dan menengah adalah:

  • Semenanjung Malaysia:

rendah: (1 guru: 12.87 pelajar), menengah: (1 guru: 11.26 pelajar)

  • Sabah:  

rendah: (1 guru: 11.70 pelajar), menengah: (1 guru: 12.87 pelajar)

  • Sarawak:

rendah: (1 guru: 9.99 pelajar), menengah: (1 guru: 12.55 pelajar)

  • Singapura:

rendah: (1 guru: 13.84 pelajar), menengah: (1 guru: 11.63 pelajar)

  • Amerika Syarikat:

rendah: (1 guru: 13.57 pelajar), menengah: (1 guru: 14.74 pelajar)

26.      Di samping itu, menurut beliau, daripada sejumlah 10,233 buah sekolah di seluruh negara, terdapat sebanyak 2,065 buah (20%) Sekolah Kurang Murid (SKM) dan 8,168 buah (80%) Sekolah Bukan Kurang Murid.

27.      Jumlah Sekolah Kurang Murid (SKM) yang besar telah menyebabkan ketidakseimbangan saiz kelas dan nilai nisbah guru kepada pelajar tersebut rendah secara keseluruhan. Sebagai contoh. SKM merekodkan nisbah guru kepada pelajar yang begitu rendah, iaitu 1 guru kepada 5.48 pelajar.

28.      Data nisbah guru kepada pelajar berkenaan menunjukkan isu kepadatan dan saiz kelas di sekolah yang sering-kali di bangkitkan oleh ibu-bapa bukanlah berpunca dari kekurangan guru. Isu tersebut lebih tertumpu kepada jumlah sekolah dan kelas yang tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelajar yang meningkat ramai, terutamanya sekolah di bandar.

29.      Pada tahun 2022, semasa Persidangan Dewan Rakyat, Menteri Pendidikan Malaysia di laporkan berkata bilangan ideal bagi satu kelas adalah 20 hingga 25 pelajar. Namun begitu, menurut beliau, secara purata terdapat 35 pelajar di dalam satu kelas.

30.      Isu kepadatan saiz kelas bukanlah satu isu yang dapat di tangani dengan mudah dan pantas. Pembinaan sekolah baru dan penambahan jumlah kelas di sekolah sediada akan melibatkan kos yang besar dan mengambil masa yang lama. Realitinya, guru terpaksa terus berdepan dengan saiz kelas yang besar untuk jangka masa panjang.

31.      Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) wajar meningkatkan usaha untuk meringankan beban kerja guru di dalam realiti tersebut. Ini akan membolehkan guru menumpukan masa dan tenaga untuk menjalankan tugas hakiki sebagai guru, iaitu mendidik pelajar. Beban kerja yang lebih ringan akan dapat mengurangkan stres dan burnout yang di alami oleh ramai guru di seluruh negara.

32.      Guru ceria, pelajar berjaya, ibu-bapa bahagia.

________________________________________________________________

RELATED ARTICLES
Pendapat

Kerajaan wajar perkasa Kolej Komuniti agar jadi pilihan rakyat dapatkan latihan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular