HomeSukanSabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah meluluskan peruntukan sebanyak RM12.24 juta bagi menambah baik dan menaik taraf kemudahan sukan yang terdapat di Stadium Likas.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, penambahbaikan itu adalah bagi tujuan penganjuran SEA Youth Athletics Championship yang Ke-16 2024.

“Sabah telah diberi kepercayaan bagi menganjurkan SEA Youth Athletics Championship ke 16 dan untuk tujuan itu Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM12.24 juta bagi menambah baik dan menaik taraf kemudahan yang terdapat di Stadium Likas.

“Pada mesyuarat jemaah Menteri lalu, saya telah membentang satu kertas kerja dan saya berterima kasih kepada Kerajaan yang meluluskan peruntukan bagi menaik taraf trek, dan kemudahan-kemudahan di stadium itu sendiri,” katanya.

Pengumuman Sabah sebagai tuan rumah penganjuran diumumkan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ellron berharap kerja-kerja menaik taraf Stadium Likas dapat dilaksanakan dengan cepat dan menepati syarat-syarat yang ditentukan oleh KOM dan World Athletics. 

Selain itu beliau turut menaruh keyakinan bahawa kerja-kerja menaik taraf Stadium Likas akan siap pada masa yang ditetapkan serta menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh badan sukan dunia.  

Kejohanan bertaraf  antarabangsa itu bakal disertai 11 buah negara serantau Asia Tenggara.

Antaranya  Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Myanmar, Kemboja, Brunei Darussalam, Filipina, Timor Leste dan Malaysia sebagai tuan rumah.

Seramai 500 sehingga 600 atlet dari negara-negara tersebut dijangka akan menyertai kejohanan itu nanti dan Malaysia dijangka akan menghantar seramai 100 atlet.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular