HomeIsu tempatanPesta Kaamatan pemangkin kepada ekonomi masyarakat

Pesta Kaamatan pemangkin kepada ekonomi masyarakat

Read Time:1 Minute, 9 Second

Beaufort : Sambutan Pesta Kaamatan yang diraikan setiap tahun khususnya di negeri ini dilihat dapat mempromosikan kepelbagaian budaya, tradisi dan pelancongan yang terdapat di daerah ini.

Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Sabah (KDCA) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, ia merupakan satu peluang bagi mempromosikan kelebihan daerah masing-masing selain memberi peluang ekonomi kepada penduduk tempatan.

“Adalah menjadi harapan saya, melalui penganjuran acara seumpama ini ianya dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi masyarakat dan pemerkasaan budaya.

“Besarlah harapan saya agar kita bersama-sama dalam memelihara identity dan memperkasakan budaya agar tidak hilang ditelan arus kemodenan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam buku cenderamata sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beaufort yang berlangsung di Dewan Pa Musa di sini semalam.

Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasneh dan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah.

Sementara itu, Ruslan yang juga pengerusi penyelaras KDCA Daerah Beaufort merakamkan ucapan tahniaj kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan sambutan Pesta Kaamatan di daerah itu.

“Saya yakin dan percaya melalui Pesta Kaamatan kita berupaya untuk mengukuhkan lagi akses fizikal dan ekonomi kepada makanan selamat serta berkhasiat sesuai dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu Kaamatan, Melangkaui Keterjaminan Makanan.

“Saya juga mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga daerah Beaufort yang meraikannya, semoga sambutan ini dapat menjalinkan lagi permuafakatan sesama kita,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Wanita perlu tahu prosedur pengurusan harta pusaka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular