HomeUtamaSistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

Read Time:1 Minute, 26 Second

Penampang : Sebuah sistem air minuman penapisan nano berkuasa solar berjaya dibangunkan untuk ditempatkan di kawasan yang amat terpencil selain tidak mempunyai akses kepada grid elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd Ahmad Naim Uddang berkata, sistem yang dinamakan sebagai ‘Jetama Self-Powered and Mobile Drinking Water System’ itu adalah terdiri daripada sistem memproses air minuman yang dijanakan melalui panel suria.

“Sistem ini turut dibekalkan dengan Sistem Penyimpanan Bateri Tenaga (BESS) yang mampu menyimpan tenaga di waktu siang hari untuk digunakan pada waktu malam.

“Tenaga yang di jana melalui panel suria ini turut menyalurkan kuasa kepada pam air bagi menarik bekalan air dari sumber seperti air graviti, sungai, tasik mahupun air bawah tanah.

“Sumber air ini seterusnya akan melalui pelbagai peringkat penapisan untuk membuang kotoran, sedimen dan bahan cemar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Skim Bekalan Air Segera (UWSS) Kasigui di sini baru-baru ini.

Majlis disempurnakan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Ahmad Naim berkata, bagi memastikan kualiti air terjaga, sistem ini turut dilengkapi dengan rawatan UV untuk tujuan pembasmian kuman yang menggantikan klorin, bahan kimia dan lain-lain.

Katanya, teknologi mesra alam yang berteraskan konsep kelestarian alam sekitar itu mampu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga elektik mahupun bahan api fosil.

“Ini bermakna teknologi ini boleh ditempatkan di kawasan yang amat terpencil, yang tidak mempunyai akses kepada grid elektrik seperti kawasan pedalaman, pulau dan luar bandar selagi terdapatnya cahaya matahari dan sumber air.

“Dengan penyelenggaran yang betul, sistem ini akan mempunyai jangka hayat yang panjang serta mampu menyediakan bekalan air minuman sehingga 30,000 liter sehari dan mampu menyalurkan air minuman bersih kepada 7500 orang atau penduduk berdasarkan penggunaan purata empat liter seorang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular