HomeLuar negaraHelikopter Terhempas: Ebrahim Raisi Dilaporkan Maut Bersama Penumpang Lain

Helikopter Terhempas: Ebrahim Raisi Dilaporkan Maut Bersama Penumpang Lain

Read Time:1 Minute, 22 Second

KUALA LUMPUR: Presiden Iran Ebrahim Raisi dilaporkan meninggal dunia selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Menurut agensi berita Iran, IRINN dan Mehr News, tiada mangsa yang terselamat ditemui di lokasi nahas helikopter itu.

Penumpang helikopter itu, termasuk Ebrahim Raeisi, Hossein Amir-Abdollahian, Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur Iran, Malek Rahmati, dan Ayatollah Mohammad Ali Ale-Hashem, wakil Pemimpin Revolusi Islam ke wilayah Azarbaijan Timur, bersama beberapa orang lain telah terkorban dalam kejadian itu.

Reuters melaporkan, seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui ‘terbakar sepenuhnya’.

Ketua Bulan Sabit Merah Iran berkata, helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi, telah ditemui tetapi keadaannya ‘tidak baik’.

“Helikopter itu telah ditemui. Sekarang, kami bergerak ke arah helikopter,” kata ketua Bulan Sabit Merah, Pirhossein Koolivand, sambil menambah ‘keadaan tidak baik’.

Laporan awal daripada pasukan mencari dan menyelamat menunjukkan bahawa semua penumpang di dalam helikopter itu, termasuk Raisi dan Menteri Luar Hossei Amir-Abdollahian terkorban dalam nahas itu.

Persatuan Bulan Sabit Merah Iran sebelum ini mengesahkan telah tiba di tapak nahas susulan dron milik Turki mengesan satu kawasan di Wilayah Azerbaijan Timur yang mengeluarkan haba.

Sejurus itu 73 pasukan termasuk unit anjing pengesan dikerah ke kawasan terbabit namun berdepan cuaca hujan dan kabus tebal.

Terdahulu, helikopter yang membawa Presiden dan Menteri Luar Iran itu dilaporkan terpaksa melakukan ‘pendaratan kecemasan’ di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Insiden itu berlaku pada Ahad di Hutan Dizmar antara bandar Varzaqan dan Jolfa di Wilayah Azerbaijan Timur ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.

Penduduk tempatan dilaporkan mendengar ‘bunyi kuat’ di wilayah berkenaan tidak lama selepas itu.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular