HomeUtamaSuspek lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam premis dikesan

Suspek lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam premis dikesan

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Pihak polis sedang giat menjejaki seorang suspek lelaki berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah premis di Daerah Kota Kinabalu baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kes tersebut yang berlaku di salah sebuah kedai menjual aksesori telefon bimbit yang terletak di Menggatal.

Katanya, kejadian berlaku semasa pekerja kedai berkenaan menyedari seorang pelanggan lelaki yang tidak dikenali berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan dan memegang alat sulitnya sambil bertelefon.

“Pengadu tidak pernah melihat suspek sebelum ini dan suspek bukanlah pelanggan tetap di kedai tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kasim, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati seorang lelaki berbaju putih dengan zip seluarnya terbuka memegang kemaluan dan berlegar di kawasan belakang kedai tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis masih menjejaki suspek dan meminta orang ramai yang mengenali suspek dikehendaki menghubungi balai polis yang berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Audrea Anak Johnson di talian 019-5209 0380.

RELATED ARTICLES
Utama

Gagasan Rakyat Likas jadi rakan strategik DBKK bagi penduduk di DUN...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular