HomeUtamaLebih 5,000 pelajar telah terima manfaat menerusi TPNS

Lebih 5,000 pelajar telah terima manfaat menerusi TPNS

Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak RM5 juta peruntukan menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) telah dibelanjakan bagi membantu lebih 5,000 pelajar yang menuntut dalam pelbagai bidang di dalam dan luar negeri.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM55 juta yang diperolehi TPNS sejak dilancarkan Jun 2022.

“Pada hari ini kita mengadakan mesyuarat bagi memastikan pemohon dari kalangan anak Sabah dapat dibantu dan Alhamdulilah pada hari ini kita telah menyampaikan bantuan TPNS kepada 10 pelajar yang belajar dalam pelbagai bidang dipelbagai universiti.

“Hari ini juga kita telah meluluskan lebih kurang 30 pelajar untuk kita bantu yang berada dalam negeri termasuk di Mesir dan Jordan.  Kita (TPNS) dapat RM55 juta dan sekarang sebanyak RM5 juta kita manfaatkan untuk lebih kurang 5,000 pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyerahan bantuan TPNS di sini hari ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, pihaknya juga berharap agar bantuan itu akan terus disalurkan kepada pelajar yang layak selain mahu jumlah penerima terus bertambah.

Katanya, TPNS merupakan pendokong kepada bantuan daripada biasiswa Kerajaan Negeri, dermasiswa Yayasan Sabah (YS) dan dermsiswa Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

“TPNS menampung dan menyokong kepada tiga agensi yang besar ini untuk membantu anak-anak kita dalam pendidikan di dalam dan luar negara.

“Kita juga ada berbincang berhubung dengan keperluan kita untuk memberikan bantuan kepada anak-anak di luar negara khususnya di Timur Tengah kerana kadar keperluan sara hidup mereka naik mendadak tinggi mungkin kerana krisis ekonomi dan sebagainya.  Ini juga kita akan ambil perhatian,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kriteria bagi penerima TPNS, Arifin berkata, secara dasarnya, penerima bantuan adalah khusus kepada pelajar yang tidak menerima tajaan mana-mana agensi.

“Antaranya ialah mereka yang tidak ada tajaan dan memang benar-benar memerlukan, kita juga memberi perhatian kepada bidang-bidang termasuk bidang pendidikan, minyak dan gas dan sebagainya yang dilihat sangat perlu untuk Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular