HomeIsu tempatanPekerja pasang kabel besi di Sg Ulu Segama, dikhuatiri lemas

Pekerja pasang kabel besi di Sg Ulu Segama, dikhuatiri lemas

Read Time:44 Second

KINABATANGAN: Seorang pekerja dikhuatiri lemas dihanyutkan air deras ketika sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan kabel besi di sungai Ulu Segama, Kinabatangan pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.04 tengahari tadi (21 Mei) menerusi MERS999.

“Maklumat daripada pemanggil terdapat seorang mangsa dilaporkan hanyut semasa menjalankan kerja-kerja pemasangan kabel besi di sungai Ulu Segama, Kinabatangan.

“Menurut pemanggil, tiga orang mangsa lelaki menaiki bot untuk memasang kabel besi namun disebabkan arus sungai yang deras bot yang dinaiki mereka telah hanyut. Dua orang mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi mangsa dilaporkan hanyut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan bergegas ke lokasi kejadian pada jarak 60 kilometer dari balai untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular