HomeUtamaSeorang maut selepas penerbangan SIA hadapi gelora udara teruk

Seorang maut selepas penerbangan SIA hadapi gelora udara teruk

Read Time:1 Minute, 18 Second

SINGAPURA: Seorang maut dan beberapa penumpang cedera selepas penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) dari London ke Singapura menghadapi gelora udara yang teruk dalam penerbangan, menurut syarikat penerbangan itu.

Di dalam makluman rasmi sebentar tadi, SIA berkata pesawat Boeing 777-300ER yang membawa sejumlah 211 penumpang dan 18 anak kapal telah dilencongkan ke Bangkok dan mendarat pada pukul 3.45 petang waktu tempatan pada hari Selasa.

“Singapore Airlines merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia. Kami akan memberikan kemas kini berkala di akaun Facebook dan X kami,” katanya di Facebook.

SIA berkata keutamaan mereka adalah untuk memberikan segala bantuan yang boleh kepada semua penumpang dan anak kapal di atas pesawat itu.

@sabahmediaofficial

Seorang dilaporkan maut selepas penerbangan SIA hadapi gelora udara yang teruk

♬ original sound – sabahmediaofficial – sabahmediaofficial

Syarikat penerbangan itu berkata pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di Thailand untuk menyediakan bantuan perubatan yang diperlukan dan menghantar pasukan ke Bangkok untuk memberikan sebarang pertolongan tambahan yang diperlukan.

Tinjauan di laman X pula mendapati semakin banyak foto serta video insiden berkenaan dikongsikan. tragedi yang sangat mengejutkan kata pengguna di laman berkenaan.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Singapura turut bersedih di atas insiden berkenaan.

“Saya amat bersedih mendengar tentang insiden di atas penerbangan Singapore Airlines SQ321 dari London Heathrow ke Singapura,” katanya di laman Facebook beliau.

Chee berkata Kementerian Pengangkutan, Kementerian Luar Singapura, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura dan pegawai-pegawai Lapangan Terbang Changi serta petugas SIA sedang memberikan sokongan kepada penumpang yang terjejas dan keluarga mereka.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular