HomeSukanPiala MFL : Sabah FC U23 perlu bangkit dari kekalahan

Piala MFL : Sabah FC U23 perlu bangkit dari kekalahan

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Sabah FC bawah 23 tahun (U23) perlu bangkit daripada  kekalahan 0-3 ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) II pada perlawanan pembukaan Piala Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor, malam tadi.

Ketua Jurulatihnya, Johnny Dominicus berkata, kekalahan kepada JDT II itu harus dijadikan pembakar semangat kepada pemain khususnya dalam perlawanan seterusnya menentang Perak FC II di Stadium Likas pada 28 Mei depan.

Meskipun mengalami kekalahan, beliau secara keseluruhan berpuas hati dengan persembahan anak buahnya dalam perlawanan itu.

“Kita kena belajarlah, kita kena baiki kesilapan yang sudah kita nampak untuk perlawanan akan datang. Persembahan mereka sudah buat yang terbaik, cuma baru mereka rasa saingan yang sebenarnya sebelum bermulanya liga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Johnny turut mengakui kekurangan perlawanan persahabatan yang lebih kompetitif sebelum musim bermula juga dilihat antara faktor Sabah FC U23 tidak dapat mempamer prestasi sebenar.

Katanya, Sabah FC U23 akhirnya menemui lawan sebenar dalam perlawanan kali ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih JDT II menyifatkan kemenangan ke atas Sabah amat bermakna.

Ini kerana pasukan Sabah telah memberi saingan sengit. –SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular