HomeUtamaSYBIL, SOGSC kerjasama bantu tingkat perwakilan perniagaan dalam O&G

SYBIL, SOGSC kerjasama bantu tingkat perwakilan perniagaan dalam O&G

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Sesi libat urus antara Pemimpin Muda Perniagaan & Industri Sabah (SYBIL) bersama Sabah Oil and Gas Services Council (SOGSC) berjaya membuahkan hasil khususnya dalam meningkatkan perwakilan perniagaan Sabah dalam industri minyak dan gas (O&G).

Presiden SYBIL, James Wong berkata, sesi itu merupakan sebahagian daripada usaha kolektif bagi mencapai agenda ekonomi Kerajaan negeri dalam membangunkan industi O&G.

Katanya, SYBIL terdiri daripada golongan muda yang merupakan pemilik perniagaan yang berjaya di negeri ini.

“Kami hadir di sini untuk menyokong dan mendukung apa yang SOGSC lakukan bersama dengan TAS Institute dan SMJ Energy untuk mencapai agenda ekonomi Negeri,” katanya selepas sesi libat urus di TAS Institute of Oil and Gas, di sini.

Hadir sama Naib Presiden SOGC, Jesselton Jason dan Pengarah Minyak dan Gas SMJ Energy, Terry Biusing.

James berkata, pihaknya amat berterima kasih atas peluang yang diberikan khususnya kepada Naib Presiden SOGC, Jesselton Jason, serta Terry Biusing dari SMJ Energy.

Katanya, pihaknya amat menantikan kerjasama berterusan antara SYBIL dan SOGSC.

“Beberapa ahli SYBIL terlibat dalan bidang O&G. Itulah sebabnya sesi libat urus ini sangat bermanfaat untuk SOGSC kerana mereka mencari rakan kongsi yang berpotensi seperti kami dan SYBIL yang mencari peluang baru untuk diceburi.

“Selepas sesi libat urus ini, kami sangat teruja kerana terdapat banyak peluang yang boleh kami ceburi kerana ahli SYBIL adalah pemilik perniagaan yang berjaya,” katanya.

SYBIL ditubuhkan untuk menggerakkan pemain perniagaan dan industri muda Sabah untuk menyumbang kepada pembinaan Ekonomi Masa Depan Sabah yang lebih kukuh.

Matlamat mereka adalah untuk menyediakan platform bagi pemimpin muda berkongsi idea inovatif mereka dan bekerjasama dengan Kerajaan untuk merealisasikan idea-idea tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular