HomeUtamaJual paku simen 20 sen sebatang, peniaga warga asing terima notis KPDN

Jual paku simen 20 sen sebatang, peniaga warga asing terima notis KPDN

Read Time:1 Minute, 27 Second

Sandakan : Gara-gara menjual paku simen dengan harga RM0.20 sebatang, seorang peniaga warga asing menerima padah apabila diberikan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan.

Tindakan itu adalah berdasarkan aduan yang dimuat naik pengguna media sosial baru-baru ini berhubung harga barangan yang mahal di sebuah premis perniagaan di Pekan Botition Sugut di sini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN cawangan Sandakan Azdy Zukkry John berkata, berikutan itu pihaknya bersama sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN telah menjalankan pemeriksaan di premis berkenaan semalam.

“Hasil pemeriksaan, satu NPMB yang dikeluarkan di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 telah diserahkan kepada peniaga kedai milik warga asing yang didakwa menjual paku simen dengan harga RM0.20 sen sebatang.

“Peniaga terbabit perlu mengemukakan semua dokumen yang terlibat berkaitan pembelian paku simen terbabit dalam masa dua hari bekerja ke KPDN Sandakan.

“Selain itu, sebanyak 10 buah premis perniagaan di kawasan Pekan Botition dan Sapi Nangoh telah diperiksa pada hari ini (semalam) dan lima tindakan kes telah diambil di mana kelima-lima peniaga berkenaan telah dikompaun dengan jumlah keseluruhan  bernilai RM 1,000,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Azdy berkata,  antara kesalahan yang diambil tindakan termasuklah empat kes di bawah AKHAP 2011 yang mana peniaga didapati tidak mempamerkan tanda harga ke atas barangan yang dijual di premis perniagaan mereka.

Selain itu katanya, satu kes di bawah Akta Timbang Dan Sukat 1972 turut diambil tindakan selepas peniaga didapati menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan untuk tujuan perdagangan.

“KPDN Cawangan Sandakan sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan salah laku peniaga.

“Pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi saluran-saluran rasmi aduan di KPDN yang telah disediakan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN Sandakan

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular