HomeUtama'Negeri Tamu Sabah' pamer budaya, maklumat tentang Sabah

‘Negeri Tamu Sabah’ pamer budaya, maklumat tentang Sabah

Read Time:49 Second

Kuala Lumpur : Penganjuran ‘Negeri Tamu Sabah’ sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 berupaya memberi maklumat mengenai Sabah kepada pengunjung khususnya di Semenanjung.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah maklumat berkaitan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ); kebudayaan; penulisan karya dan pelbagai maklumat lain.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini yang berlangsung di Pavilion Sabah sempena PBAKL 2024.

“Semoga Pavilion Sabah ini akan mendapat tempat dan menarik serta menyumbang maklumat kepada semua pengunjung khusus berhubung dengan negeri Sabah yang kaya dengan pelbagai etnik yang sangat menarik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketik berucap merasmikan ‘Negeri Tamu Sabah’ di Pusat Dagangan Dunia di sini semalam.

PBAKL yang diadakan selama 10 hari bermula 24 Mei lalu itu turut diisi dengan pelbagai aktiviti di Pavilion Sabah.

Antaranya Bicara Karya; Forum; Kurapak Biskita; Dongeng Kitani dan Sambutan Mini Kaamatan yang akan berlangsung pada 30 Mei ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular