HomeUtamaAnwar mahu kemiskinan tegar di Sabah diselesai sebelum akhir Julai

Anwar mahu kemiskinan tegar di Sabah diselesai sebelum akhir Julai

Read Time:1 Minute, 29 Second

Penampang : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kemiskinan tegar di Sabah segera dinoktahkan sebelum akhir Julai tahun ini.

Katanya, kemiskinan tegar di negeri ini dilihat mempunyai masalah yang lebih serius berbanding dengan beberapa negeri lain di Malaysia.

“Keutamaan kita adalah pembasmian kemiskinan tegar, di Sabah mempunyai masalah yang lebih serius berbanding beberapa negeri lain kerana saya fikir kemiskinan itu mengambil masa untuk diselesaikan.

“Kemiskinan tegar ini dilihat sama ada makan minum atau susu untuk bayi mungkin ada masalah sebab itu tanggungjawab Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negei untuk menoktahkan kemiskinan tegar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Ir Shahelmey Yahya dan barisan Kabinet Kerajaan Sabah dan Persekutuan.

Anwar berkata, ketika ini anggaran kemiskinan tegar di negeri ini hanya tinggal kira-kira 9,000 hasil usaha berterusan kerajaan negeri  dan persekutuan menyelesaikan masalah itu.

Katanya, perkara itu menjadi keutamaan kerajaan kerana beliau tidak mahu rakyat negeri ini terus dibebani kesukaran hidup akibat masalah kemiskinan tegar.

“Sekarang tinggal 9,000 miskin tegar dan kita mahu menoktahkan kemsikinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai 2024,” katanya.

“Ini keutamaan kita, kita boleh bincang pelbagai hal tetapi anak kita tak cukup makan ini, tanggungjawab kita untuk menyelesaikannya,” katanya.

Katanya, beliau juga memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan elektrik yang masih membelenggu rakyat negeri ini.

“Semalam dan tadi, saya dengan Ketua Menteri dia bukan bincang tanah saya minta balak, tidak. Kita bincang umpamanya masalah kemiskinan, kerjasama negeri dan persekutuan untuk noktahkan kemiskinan.

“Kita bincang juga soal bekalan air yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga bekalan letrik kerana bekalan letrik masih masalah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular