HomePolitikSemua ketua cabang PKR diseru beri kerjasama, mantapkan jentera menjelang PRN17 -...

Semua ketua cabang PKR diseru beri kerjasama, mantapkan jentera menjelang PRN17 – Mustapha

Read Time:54 Second

PENAMPANG: Semua ketua cabang Parti Keadilan Rakyat Sabah (PKR) diseru supaya bekerjasama memantapkan lagi jentera kawasan masing-masing bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah yang baharu, Datuk Mustapha Sakmud berkata beliau bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui kepimpinan PKR Sabah.

“Saya bersyukur kerana kepercayaan Presiden PKR meletakkan tanggungjawab MPN ini kepada saya.

“Namun apa yang penting sekarang ini, kita akan kumpul semua ketua-ketua cabang supaya boleh bekerjasama untuk memantapkan jentera parti di Sabah menjelang PRN ke-17. Itu yang keutamaannya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kerjasama dengan bekas pengerusi MPN Sabah, beliau berkata semua diamanahkan untuk bekerjasama dan sedia untuk PRN akan datang.

“Kerjasama dengan bekas MPN amat baik, kami baru sahaja bermesyuarat pagi tadi dan dipengerusikan oleh presiden merangkap Perdana Menteri sendiri dan Alhamdulillah semua telah diamanahkan supaya bekerjasama dan bersedia untuk PRN akan datang,” katanya.

Mengenai kerjasama dengan mana-mana parti, beliau berkata, seperti yang dikatakan oleh PM kita semua mesti bekerjasama dengan semua parti.

RELATED ARTICLES
Utama

Demonstrasi tindakan tidak matang, guna saluran betul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular