HomeSukanKejohanan perahu layar MSSS beri ruang, peluang atlet dalam sukan pelayaran

Kejohanan perahu layar MSSS beri ruang, peluang atlet dalam sukan pelayaran

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu :  Penganjuran kejohanan perahu layar Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSSS) dilihat mampu melahirkan bakat-bakat besar dalam menyediakan ruang dan peluang untuk atlet di peringkat akar umbi melibatkan diri dalam sukan pelayaran.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, menerusi kejohanan itu, para atlet khususnya pelajar akan dapat menimba pengalaman bagi mengembangkan bakat dan kemahiran dalam sukan perahu layar.

“Justeru itu, kita mengharapkan dengan penganjuran kejohanan seumpama ini berjaya melahirkan lebih  ramai atlet yang boleh mewakili negara dalam kejohanan di peringkat negeri dan antarabangsa.

“Oleh itu, kegiatan sukan ini sewajarnya dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi agar  menjadi salah satu bidang sukan yang diminati ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian penutupan Kejohanan Perahu Layar MSSS di Sekolah Kebangsan (SK) Tanjung Aru 1 di sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPNS Muddin Beting.

Raisin berkata, melalui kejohanan itu juga ianya akan dapat mempamerkan semangat kesukanan dan daya juang yang tinggi dalam kalangan atlet dan pegawai terlibat.

“Saya juga berharap  semoga penganjuran sukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), khususnya JPNS melalui MSSS ini akan menjadi obor pembakar semangat kepada para penggiat sukan perahu layar untuk terus aktif dan memberi sumbangan terhadap kemajuan sukan negara,” katanya.

Terdahulu, dalam kejohanan itu, sebanyak lima acara dipertandingkan iaitu acara BIC Techno Lelaki /Perempuan, ILCA 6 Lelaki / Perempuan, ILCA 4 Lelaki /Perempuan, Optimist Lelaki /Perempuan Under 15 dan  Optimist Lelaki /Perempuan Under 12.

Pelayar terbaik kategori Under 12 (perempuan) dimenangi Macy Mosom Sikayun dari SK Francis Convent manakala Under 12 (Lelaki) dimenangi oleh Muhammad Abqaari Irham Adam dari SK Pangkalan TLDM. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala MFL : Alto ambil alih bimbing Sabah FC II, mahu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular