HomeUtamaKelas sementara dibuka untuk tempatkan pelajar Tingkatan 6 SMK Gadong - JPNS

Kelas sementara dibuka untuk tempatkan pelajar Tingkatan 6 SMK Gadong – JPNS

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengambil inisiatif untuk mewujudkan kelas-kelas sementara bagi menempatkan kelas pelajar Tingkatan Enam dan sebahagian bilik guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong yang kini dalam keadaan usang.

Pengarah JPNS Datuk Raisin Saidin berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah menurunkan peruntukkan bagi tujuan menyelenggara kelas-kelas terlibat.

“Sekolah ini sebenarnya yang tidak dapat digunakan adalah kelas tingkatan enam.  Tetapi awal tahun ini KPM telah menurunkan peruntukkan bagi menyelenggara kelas tersebut.

“Pada masa ini kelas berjalan seperti biasa kerana pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga sekolah telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan kelas-kelas sementara dan saya telah hubungi PPD Beaufort bagi mendapatkan status sekolah tersebut.

“Dari segi pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sekarang ini Alhamdulillah berjalan lancar,” katanya ketika ditemui pada Program ‘Jom Tonton Memoir Seorang Guru’ di GSC Cineme Imago Mall di sini semalam.

Raisin berkata demikian bagi mengulas keadaan sekolah itu yang kini mengalami kebocoran pada bahagian bumbung selain ada beberapa kelas terpaksa dikosongkan kerana dinding dan siling mulai mereput akibat terkena hujan.

Katanya,pihaknya juga akan turut melihat beberapa inisiatif lain yang boleh dilaksanakan bagi menyelenggara kelas terlibat.

“Yang terlibat bukan bangunan tetapi hanya kelas sahaja.  Dia bukan soal bahaya atau tidak, sebab bila bangunan itu diisytiharkan tidak selamat, kita akan tutup untuk penggunaan.

“Sudah tentu kita akan pastikan murid-murid dan juga warga guru disitu tidak menghampiri bangunan berkenaan dan kita mahu mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Sebelum ini difahamkan bangunan SMK Gadong mula reput disebabkan bumbungnya yang telah tiada akibat ditiup angin dan siling bocor. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular