HomeUtamaBomba sukar lakukan kerja pemadaman, banyak sambungan letrik haram

Bomba sukar lakukan kerja pemadaman, banyak sambungan letrik haram

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Penyambungan letrik haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyukarkan pasukan bomba melakukan kerja-kerja pemadaman api dalam kejadian kebakaran penempatan rumah setinggan atas air bersebelahan Kampung Kalansanan, Inanam, tengahari tadi.

Menurut Komander Operasi Agustavia Joe Guasi, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 12.53 tengahari tadi.

“Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dibantu 12 anggota dari BBP Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mendapati dianggarkan 15 buah rumah setinggan jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus.

“Seterusnya pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman bara api dan memastikan tiada lagi kemerebakan.

“Operasi terkawal pada jam 2 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.05 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu namun cabaran untuk memadam kebakaran di kawasan itu adalah terdapat banyak penyambungan letrik haram.

“Tiada laluan jentera masuk, pasukan bomba menyeberang air disebabkan titian rosak dan roboh.

“Namun atas faktor keselamatan, pihak SESB menasihatkan supaya berhati-hati disebabkan penyambungan letrik haram yang terlalu banyak,” katanya.

Dalam pada itu, Agustavia turut menjelaskan pasukan bomba hanya dapat panggilan setelah kebakaran berlaku dan bukan turut serta dalam operasi pihak berkuasa.

“Punca masih dalam siasatan. Pasukan penyiasatan masih di lokasi dan mengalami sedikit kelewatan disebabkan bimbang masih ada wayar-wayar letrik yang disambung secara haram,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Jangan guna, alih peruntukan bina klinik untuk tampung dana pewujudan Pusat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular