HomeUtama51,731 kg minyak masak telah diedar menerusi PPKS sehingga Jumaat lalu

51,731 kg minyak masak telah diedar menerusi PPKS sehingga Jumaat lalu

Read Time:1 Minute, 50 Second

Sandakan : Sebanyak 51,731 kilogram atau 3,043 kotak minyak masak telah diedarkan menerusi pelaksanaan Program Prihatin Keluarga Sandakan (PPKS) meliputi kawasan pengedaran barang kawalan dan bersubsidi sekitar daerah ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata, jumlah edaran itu adalah berdasarkan rekod edaran sejak 1 Januari hingga 7 Jun lalu.

“Dalam memastikan kestabilan bekalan barangan di Sabah, pihak kementerian mengambil langkah menyeluruh dengan memantau rangkaian agihan pengeluaran bekalan di semua peringkat agar stok sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan pengguna. 

“Ini meliputi tindakan pasaran mewujudkan jaringan kerjasama langsung bersama pihak pengilang, pemborong dan sehingga ke peringkat peruncit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan turun padang bagi bagi meninjau pelaksanaan PPKS sekitar daerah ini di sini pagi hari ini.

Hadir sama Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah Georgie Abas dan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN cawangan Sandakan Azdy Zukkry John.

Lawatan yang bermula sejak semalam itu merupakan satu sesi penanda aras dan libat urus bersama pihak pemborong dan peruncit di bawah PPKS.

Ini adalah bagi memastikan bekalan barangan seperti gula, minyak masak serta keperluan lain adalah mencukupi untuk kegunaan domestik khususnya di daerah ini.

Fuziah berkata, PPKS adalah merupakan inisiatif dan langkah proaktif KPDN Cawangan Sandakan yang bermula sejak Mac 2022 yang bertujuan untuk memastikan pengguna khasnya di luar bandar menikmati manfaat subsidi oleh Kerajaan.

Katanya, ia juga bagi memastikan bekalan barang kawalan asas di kawasan luar bandar tidak terputus di samping memudahkan proses penghantaran barang kawalan ke kawasan yang mengalami kekurangan bekalan.

“Sebagai strategi tambahan, konsep pelaksanaan PPKS telah diperluaskan melalui pengedaran bekalan barang kawalan ke Peruncit Terpilih Daerah (DDR) di Sandakan dan beberapa daerah lain di Sabah.

“Antaranya Kudat, Keningau dan di Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Dalam pada itu, lawatan itu turut mengadakan tinjauan ke premis kilang minyak masak, pembungkus minyak dan pemborong gula di bawah PPKS bagi melihat pengoperasian dan pengurusan stok bekalan minyak masak dan gula putih bertapis di premis berkenaan.

PPKS yang dilaksanakan oleh KPDN di daerah ini adalah manifestasi keprihatian Kerajaan MADANI untuk mengimbangi keperluan rakyat disamping meningkatkan lagi keberkesanan pemberian perkhidmatan khususnya kepada rakyat Sabah dalam membantu meringankan beban kos sara hidup. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular