HomeUtamaDBKK terima kunjungan hormat delegasi 'The People's Government Of Changsha City Hunan...

DBKK terima kunjungan hormat delegasi ‘The People’s Government Of Changsha City Hunan Province’

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerima kunjungan hormat delegasi ‘The People’s Government Of Changsha City, Hunan Province’ China di sini semalam.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah bersama kumpulan Pengurusan Tinggi DBKK turut berbesar hati menerima rombongan delegasi yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Rakyat Perbandaran Changsha Lu Xingying.

Delegasi itu turut disertai Timbalan Pengarah Eksekutif Pejabat Pengurusan Prestasi Perbandaran Changsha Li Xiangyue dan Timbalan Pengarah, Biro Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan Perbandaran Changsha Du Xianghui, Naib Presiden Persatuan Rakyat Changsha Untuk Persahabatan Dengan Negara Asing Liu Fang,  dan Ketua Bahagian, Pejabat Hal Ehwal Luar Kerajaan Rakyat Perbandaran Changsha Wu Sha.

Menerusi kunjungan itu, DBKK telah menzahirkan komitmen dan matlamat dalam memperkasakan kerjasama dua hala antara Bandaraya Kota Kinabalu dan Bandar Raya Changsha melalui cadangan jalinan ‘Friendship City’ yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Ia termasuklah dalam inisiatif pembangunan ekonomi, pembangunan bandar raya mampan, pengurusan perubahan iklim, pembangunan industri pelancongan, warisan budaya, perkongsian bidang kepakaran dan tadbir urus. 

Kedua-dua bandar raya turut berhasrat untuk mengukuhkan kerjasama strategik yang berpotensi memberikan impak yang tinggi dan memberi  manfaat kepada kedua-dua bandar raya.

Dalam pertemuan itu Lu Xingying selaku ketua delegasi turut berkongsi pengenalan dan perkembangan terkini Bandar Raya Changsha yang terkenal dengan warisan seni budaya, pusat pelancongan, perindustrian jentera moden dan banyak lagi.

Terdahulu, delegasi yang mengadakan lawatan selama tiga hari itu tiba di ibu negeri Isnin lalu bagi mengadakan lawatan ke beberapa lokasi menarik di sekitar bandar raya.

Antaranya adalah lawatan ke Sekolah Menengah (SM) All Saints,  Kota Kinabalu dan Darau Wetland Eco Tourism.

Sebagai rekod, delegasi DBKK sebelum ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Datuk Bandar, Changsha Municipal People’s Government Gao Wenqi pada 12 Mei 2023 lalu, sebagai pra-perbincangan kepada cadangan untuk menjalinkan hubungan ‘Friendship City’ bersama Bandaraya Kota Kinabalu.

DBKK berharap agar  hubungan antara Bandaraya Kota Kinabalu dan Bandar Raya Changsha akan terus diperhebat dan diperkukuh demi manfaat kedua-dua bandar raya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular