HomeSukanAktiviti sukan mampu jamin kecerdasan minda, kesihatan diri

Aktiviti sukan mampu jamin kecerdasan minda, kesihatan diri

Read Time:39 Second

Beaufort: Penganjuran sukan dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda dilihat mampu menjamin kecerdasan minda dan kesihatan diri.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Parlimen Ak Yazri Pg Yahya berkata, aktiviti sukan juga mampu mengeratkan silaturahim daripada pelbagai suku kaum dan agama yang menyertai.

“Sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi dan riadah, bahkan ia telah menjadi satu gaya hidup sihat.

“Selaim itu, aktiviti sukan juga merupakan satu pelaburan terhadap kesihatan dan ekonomi yang menguntungkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan perlawanan bola tampar liga enam penjuru Kampung Klias Kecil di sini semalam.

Pada majlis itu, Ak Yazri turut menyampaikan sumbangan peralatan sukan bola tampar dan beberapa keperluan lain untuk pertandingan berkenaan.

Beliau berharap agar sumbangan yang disalurkan itu akan dapat menambah semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat setempat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala MFL : Sabah FC II perlu sokongan padu penyokong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular