HomeUtama24 sambungan paip haram di Kg Suang Parai, Kg Brunei dipotong

24 sambungan paip haram di Kg Suang Parai, Kg Brunei dipotong

Read Time:47 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 24 penyambungan paip haram yang dilakukan penghuni setinggan di sekitar Kampung Suang Parai dan Kampung Brunei berjaya dipotong penguat kuasa Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) petang tadi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, dari jumlah itu, sebanyak tujuh penyambungan dikesan di Kampung Suang Parai dan 17 lagi dikesan di Kampung Brunei.

“Awal minggu ini, JANS sekali lagi menemui 24 sambungan haram daripada paip utama berhampiran Kampung Suang Parai, di Sepanggar.

“Susulan itu, pada hari ini, penguat kuasa JANS telah menghantar pasukannya untuk operasi memotong paip haram berkenaan dan operasi pemotongan sedang diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, sambungan haram itu adalah salah satu faktor yang mempengaruhi jumlah air ke dalam takungan utama di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Katanya, JANS kini sedang menjalankan pemantauan berterusan terhadap situasi ini sehingga skim vendor dilaksanakan sepenuhnya di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

51 rumah setinggan dirobohkan, 6 PTI ditangkap

Buaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular