HomeIsu tempatanGaduh di pusat hiburan, seorang maut manakala rakan kritikal

Gaduh di pusat hiburan, seorang maut manakala rakan kritikal

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu: Seorang maut manakala rakannya kritikal dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di pusat hiburan di Jalan Bandaran Berjaya, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa lelaki berusia lingkungan 20 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) manakala rakannya kritikal dan menerima rawatan di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pekerja di pusat hiburan berkenaan, kira-kira jam 2 pagi.

Katanya, bertindak laporan itu, sepasukan polis bergegas dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa terbabit dalam pergaduhan dengan suspek disyaki akibat perselisihan faham.

“Kedua-dua mangsa yang parah dibawa ke hospital sebelum salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia manakala rakan parah dan kini masih menerima rawatan,” katanya dalam laporan Utusan Borneo di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Rondaan Bermotosikal Amanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di Dataran Deasoka, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kasim berkata, pergaduhan itu dipercayai bermula di dalam premis pusat hiburan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan polis mengesan suspek namun belum mengenai pasti mereka.

“Usaha kini dijalankan untuk mengesan seterusnya menangkap suspek yang terbabit dalam pergaduhan berkenaan,” katanya.

Kedua-dua mangsa adalah awak-awak bot nelayan warga asing yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kedua-dua mangsa datang ke pusat hiburan berkenaan untuk berhibur dan pemeriksaan juga mendapati premis pusat hiburan itu sudah beroperasi selama enam bulan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular