HomeIsu tempatanTiada kompromi ke atas pemaju ganggu ketenteraman awam

Tiada kompromi ke atas pemaju ganggu ketenteraman awam

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu: Semua syarikat pemaju diseru untuk terus mematuhi syarat-syarat kelulusan pembangunan seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang Kecil (Bangunan) 1951 dan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.

Datuk Bandar Kota Kinbalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, berdasarkan pemantauan, terdapat beberapa syarikat pemaju ingkar amaran dan syarat yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Katanya, tindakan syarikat pemaju terlibat telah berulang kali mencetus rungutan awam dan mencemar ketenteraman persekitaran penduduk yang terkesan.

“Bertindak ke atas aduan berulang berhubung sebuah syarikat pemaju yang melakukan kerja-kerja mengkonkrit melepasi tempoh waktu kerja di Luyang.

“Berikutan itu, pihak DBKK telah mengambil tindakan pemeriksaan dan mengeluarkan kompaun ke atas Pemaju, di samping memberikan surat amaran kepada Konsultan Projek dan Pemaju bagi pematuhan tempoh masa kerja yang dibenarkan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sabin berkata, sejumlah 16 kompaun telah dikeluarkan ke atas pemaju tersebut atas kesalahan melanggar syarat kelulusan pelan pembangunan yang ditetapkan iaitu ‘Melaksanakan kerja melepasi tempoh waktu dibenarkan’ sehingga menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk perumahan berdekatan.

Katanya, pada masa sama, pihak DBKK turut mengambil maklum penjelasan pemaju berhubung kekangan yang didepani iaitu jumlah isipadu kerja konkrit yang banyak dan gangguan bekalan konkrit.

“Usaha penyelarasan antara DBKK bersama pemaju, konsultan dan pengadu juga telah diadakan sebelum ini, sehingga mencapai persetujuan masa kerja yang dibenarkan adalah pada hari Isnin hingga hari Sabtu (Kecuali hari Ahad dan cuti awam), bermula 7.30 pagi hingga 6.00 petang sahaja,” katanya.

Sementara itu, Sabin berkata, tindakan pemantauan akan diteruskan dari masa ke masa agar tidak menjejaskan  sebarang proses penyiapan projek.

Katanya, walau bagaimanapun, sekiranya ketidakpatuhan syarat ini berterusan, Perintah Mahkamah akan dikenakan untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan, atas kesalahan ketidakpatuhan syarat kelulusan pelan seperti yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Kecil (Bangunan) 1951 dan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Kacau Ganggu). – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Program Rakan BORNEENSIS 2024 pupuk kelestarian alam semula jadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular