HomeIsu tempatanSistem tenaga solar bantu ringan beban penduduk Kg Nabahan

Sistem tenaga solar bantu ringan beban penduduk Kg Nabahan

Read Time:1 Minute, 23 Second

Beaufort : Pemasangan sistem tenaga solar di Kampung Nabahan di sini berjaya membantu meringankan beban penduduk yang sebelum ini bergantung kepada penggunaan generator set (Genset).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, pemasangan itu juga adalah sejajar dengan saranan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang mahu memfokuskan kepada menoktahkan miskin tegar di Sabah.

“Tujuan kita untuk memberi pemasangan sistem solat di Kampung Nabahan ini adalah untuk membantu golongan miskin tegar dimana kampung ini adalah 100 penduduknya ialah miskin tegar.

“Jadi sejajar dengan saranan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang mana Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada hari ini memberi fokus kepada menoktahkan miskin tegar di Sabah.

“Difahamkan pada 2021, angka yang dicatat mencecah sehingga 22,000 orang dan hari ini angka itu turun mendadak dalam masa tiga tahun iaitu hanya 9,000 yang perlu kita beri perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sistem Tenaga Solar Kampung Nabahan yang dikelolakan Kolej Komuniti Beaufort dengan kerjasam pejabat ADUN Lumadan di sini kelmarin.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, penduduk kampung itu sebelum ini menggunakan Genset yang menggunakan petrol dan berbelanja lebih RM500 hingga RM600 sebulan bagi menjana elektrik ke rumah.

“Oleh itu, saya melihat perlu kita menyalurkan sistem tenaga solar di kampung ini untuk mengurangkan kos mereka yang sebelum ini menggunakan Genset seratus peratus.

“Sudah tentu dengan pemasangan solar ini mereka dapat mengurangkan kos lebih kurang RM400 sebulan, saya yakin dengan adanya penjimatan ini mereka dapat gunakan keperluan lain seperti keperluan anak anak sekolah,” katanya.

Ruslan turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Kolej Komuniti Beaufort atas usaha dan kerja keras bagi memastikan pemasangan solar dapat dilaksanakan sepenuhnya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sistem solar bantu tingkat kesejahteraan komuniti luar bandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular