HomeUtamaTerima kasih banyak, terima kasih orang Sabah - Zoe

Terima kasih banyak, terima kasih orang Sabah – Zoe

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu: Seorang Vlogger dari Taiwan dikenali sebagai Zoe terharu dengan keikhlasan luar biasa penduduk tempatan Sabah apabila menerima bantuan yang tidak dijangka selepas tayar motorsikal mereka mengalami kebocoran di tengah jalan di kawasan pedalaman negeri ini.

Difahamkan, Zoe bersama pasangannya itu sedang menunggang motorsikal dari Sabah ke Brunei meliputi jarak sejauh 450 kilometer.

Video yang dimuat naik di saluran Youtube ‘Zoebitalk肉比頭’ dua minggu lalu itu sehingga kini telah ditonton hampir 316,000 tontonan.

Pasangan itu berdepan situasi cemas apabila tayar motorsikal yang ditunggang mereka mengalami kebocoran di kawasan pedalaman antara laluan jalan belakang Keningau- Tawau sebelum sebuah kenderaan pacuan empat roda datang membantu.

Zoe berkata, dia hampir menangis apabila sekumpulan penduduk yang membantu mereka itu tidak meminta sebarang balasan malah mengangkat motorsikal berkenaan untuk dibawa ke pekan Nabawan.

Katanya, pemandu pacuan empat roda yang difahamkan seorang guru Kolej Vokasional Keningau sebelum itu telah memandu selama setengah jam ke tempat kerja namun terpaksa mengambil masa setengah jam lagi untuk memberi bantuan kepada mereka.

“Mengapa mereka mahu membantu saya? Mengapa mereka mahu membantu saya? Saya hampir menangis.

“Mereka telah memandu setengah jam ke tempat kerja, kemudian memandu setengah jam lagi untuk membantu kami, dan sekarang mereka perlu memandu balik satu lagi setengah jam. Mereka benar-benar tidak mementingkan diri,” kata Zoe.

Dalam usaha untuk membalas budi mereka, vlogger tersebut menawarkan wang kepada pemandu pacuan empat roda itu namun ditolak.

“Tidak mengapa kerana kami orang Malaysia! Anda orang asing dan memerlukan bantuan. Ingatlah, saya dari kampung ini!”menurut pemandu pacuan empat roda itu.

Zoe berkongsi bahawa pengalaman ini adalah salah satu daripada banyak pengalaman semasa perjalanan mereka yang menunjukkan keikhlasan dan keramahan penduduk tempatan, yang membuatnya menangis beberapa kali kerana rasa terharu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Taman Pulau Sipadan kutip hasil lebih RM16 juta sejak diwartakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular