HomeUtamaPantai Tanjung Aru, Prince Philip Park kekal terbuka untuk orang ramai -...

Pantai Tanjung Aru, Prince Philip Park kekal terbuka untuk orang ramai – TAEDSB

Read Time:2 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Sejak penubuhannya pada 2013, Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd (TAEDSB) telah menjadi subjek penelitian yang mendalam melibatkan Pantai Tanjung Aru dan Prince Philip Park sebagai khazanah awam.

Kebimbangan utama orang ramai ialah sama ada pantai dan taman itu akan kekal awam di bawah TAED atau tidak.

Terdapat juga persoalan sama ada ia akan dibangunkan atau tidak dan dijual kepada pemaju kaya, menjadikan penduduk tempatan mempunyai ruang terbuka yang terhad untuk dinikmati.

Sehubungan itu, pengurusan TAEDSB yang diketuai oleh Pengerusinya Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Pengurus Besar, Datuk Jake Jikulin Nointin telah menganjurkan rumah terbuka Majlis Santai Peduli Rakyat secara santai untuk mendekatkan diri dengan orang ramai dan meyakinkan mereka bahawa kebimbangan mereka didengar dan diambil kira.

“Sejak hari pertama, kami telah meyakinkan orang ramai bahawa Pantai Tanjung Aru dan Prince Philip Park akan kekal terbuka dan boleh diakses oleh mereka.

“Bagaimanapun, kami difahamkan terdapat khabar angin yang tersebar mengatakan pantai dan taman awam itu akan diswastakan dan dijadikan kawasan perumahan dan hotel berskala tinggi. Itu tidak tepat,” kata Pandikar.

Tambahnya, peranan utama TAEDSB adalah memastikan pantai dan taman awam kekal bersih dan diselenggara dengan baik untuk dinikmati orang ramai.

“Diharapkan Majlis Santai Peduli Rakyat akan menghapuskan halangan antara rakyat dan TAEDSB dan membantu mereka memahami lebih lanjut mengenai projek TAEDSB,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Antara acara menarik persembahan tarian etnik Sabah.

Rumah terbuka Majlis Santai Peduli Rakyat menampilkan lebih daripada 30 stesen makanan yang menawarkan hidangan tempatan dan antarabangsa, serta pelbagai aktiviti menarik untuk orang ramai seperti permainan, sudut kanak-kanak, dan juga lebih 40 gerai untuk usahawan tempatan mempamerkan produk mereka.

Acara itu turut menampilkan ‘live band’ Lembaga Kebudayaan Sabah (LKNS) bersama barisan penyanyi tempatan popular yang menghiburkan orang ramai dengan persembahan bertenaga mereka.

Tun Juhar (tengah) dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni merakamkan gambar kenangan bersama penganjur dan tetamu jemputan semasa Majlis Santai Peduli Rakyat di Prince Philip Park di sini hari ini. – Foto ihsan Jabatan Penerangan Sabah

Antara acara yang menarik adalah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM10,000 untuk dimenangi, termasuk beberapa unit motosikal Modenas, beberapa unit basikal sebagai hadiah utama, dan beberapa unit set televisyen serta unit hamper bernilai RM50 setiap satu dan lain-lain lagi.

Hajiji (tengah) bersama Pandikar turut hadir di Majlis Santai Peduli Rakyat TAEDSB di Prince Philip Park, Tanjung Aru hari ini.

Majlis rumah terbuka Majlis Santai Peduli Rakyat turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah, serta Tan Sri Sukarti Wakiman, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Ahli Lembaga Pengarah (BoD) TAEDSB.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Lebih 15,000 pengunjung dari seluruh negeri hadir pada majlis itu.

Orang ramai dihiburkan oleh pengacara dan penghibur terkenal tempatan, Abu Bakar Elah, Ebi Kornelis, dan Aween.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular