HomeUtamaSPRM alu-alukan kerjasama laksanakan program pendidikan antirasuah

SPRM alu-alukan kerjasama laksanakan program pendidikan antirasuah

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa mengalu-alukan kerjasama dalam melaksanakan program pendidikan antirasuah.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Karunanithy A/L Y. Subbiah berkata,  pihaknya turut  komited melaksanakan tindakan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan bagi membanteras segala bentuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“SPRM sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan  pelbagai pihak dalam melaksanakan program pendidikan antirasuah kepada khususnya kepada warga kerja Hospital Pakar KPJ di semua peringkat.

“Kejayaan program pembudayaan integriti dalam sesebuah organisasi bergantung pada dua faktor utama iaitu program yang konsisten dan menyeluruh,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah, Alexander S. Kunghi dalam Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Ceramah Pengukuhan Integriti, di sini.

Karunanithy  berkata, IBR merupakan penzahiran komitmen kepimpinan sesebuah organisasi dan amat penting dalam menunjukkan pendirian pengurusan tertinggi organisasi berkaitan integriti, tadbir urus baik dan pencegahan rasuah.

“Kepimpinan organisasi bukan hanya menetapkan tona dan iklim organisasi, tetapi komited melaksanakan tindakan sewajarnya bagi memastikan pembudayaan integriti dan tadbir urus baik dalam organisasi.

“Saya percaya, program IBR pada hari ini bukan bersifat one-off tetapi disusuli dan diperkasakan dengan pelbagai tindakan oleh pengurusan tertinggi KPJ Sabah serta seluruh warga kerja,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, kira-kira 100 kakitangan Hospital Pakar KPJ Sabah melafazkan IBR diketuai oleh Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Sabah, Mohamad Faizal Mohamed.

Turut hadir, Ketua Unit Integriti KPJ Healthcare Berhad, Sofvera Nofi Mohd Shafriyar, wakil doktor-doktor Hospital Pakar KPJ Sabah, Prof. Datuk Dr. Ajaz Ahmad Nabijan dan Pengurus Operasi Hospital Pakar KPJ Sabah, Alice Rina Kandadi.

RELATED ARTICLES
Buaya
Utama

Remaja pukul mata buaya, berjaya lepaskan diri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular