HomeUtamaKenderaan polis dihempap pokok, seorang anggota maut

Kenderaan polis dihempap pokok, seorang anggota maut

Read Time:1 Minute, 18 Second

LAHAD DATU: Seorang anggota polis maut selepas kenderaan yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Felda Sahabat 16, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati, kejadian berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari arah KOMTEK Sahabat 16 PGA menuju ke arah Pantai Sahabat 16.

“Tiba di lokasi kejadian iaitu di Jalan Gelugor, Felda Sahabat 16, sebatang pokok yang berada di bahu kanan jalan tiba-tiba tumbang dan menghempap kenderaan jenis Window van yang dipandu oleh mangsa.

“Kejadian tersebut disaksikan oleh seorang anggota polis lelaki berpangkat koperal yang menunggang motorsikal scrambler Polis Diraja Malaysia (PDRM) jenis Kawasaki datang dari arah bertentangan.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa lelaki berusia 44 tahun, seorang anggota polis berpangkat koperal disahkan maut di lokasi kejadian kira-kira jam 2.30 petang tadi.

“Walaubagaimanapun, sampel darah mangsa telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu bagi ujian alkohol dan dadah.

“Kes telah disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Dzulbaharin berkata, mana-mana individu yang melihat kejadian ini boleh terus menghubungi Inspektor Humaidi Harun, Pegawai Penyiasat Trafik di talian 089-881255 atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Dzulbaharin turut meluahkan rasa dukacita dengan kejadian yang menimpa anggota polis terbabit.

Beliau juga menegaskan agar siasatan dalam kes ini dilakukan dengan kadar segera agar urusan keluarga mangsa dapat dipermudahkan.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar berhati-hati, berhemah semasa memandu kenderaan agar tidak membahayakan diri dan pengguna jalanraya yang lain,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

51 rumah setinggan dirobohkan, 6 PTI ditangkap

Buaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular