HomeIsu tempatan50 pelajar sertai Bengkel Perpustakaan OPAC, u-Pustaka

50 pelajar sertai Bengkel Perpustakaan OPAC, u-Pustaka

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Seramai 50 orang pelajar dari 10 buah sekolah sekitar daerah Papar telah menjayakan Bengkel Perpustakaan Online Public Access Catalogue (OPAC) dan u-Pustaka di sini baru-baru ini.

Bengkel sehari anjuran Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) melalui Pejabat Zon Pedalaman Selatan (ZPS) dan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd Fuad Stephens itu telah diadakan di Sekolah Menengah (SM) Agama Negeri Islamiah, Papar.

KYS dalam satu kenyataan berkata, bengkel itu merupakan anjuran terakhir daripada tiga siri bengkel. 

“Objektif utama bengkel tersebut ialah membantu meningkatkan literasi maklumat dan literasi asas pencarian maklumat dalam perpustakaan bagi meningkatkan kecekapan penggunaan perpustakaan. 

“Di samping itu, bengkel ini juga sebagai persediaan awal kepada para pelajar tingkatan lima dan enam yang akan melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi kelak,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

Majlis penutupan disempurnakan Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Kumpulan Yayasan Sabah, Zulkhairi  Ismail. 

Turut hadir Ketua Pustakawan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Zainudin Saridi dan Penolong Kanan Kokurikulum SM Agama Negeri Islamiah, Sazali Ibrahim mewakili Pengetua SM Agama Negeri Islamiah. – SABAH MEDIA / FOTO KYS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Aura Ustaz Abdul Somad tarik perhatian 10,000 umat Islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular