HomeIsu tempatanProjek naik taraf Jalan Tambalang Along 3 beri manfaat lebih 800 penduduk

Projek naik taraf Jalan Tambalang Along 3 beri manfaat lebih 800 penduduk

Read Time:43 Second

Beaufort : Projek naik taraf Jalan Tambalang Along Tiga di sini ke jalan konkrit bakal memberi manfaat kepada lebih 800 penduduk kampung sekitar.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Dtauk Ruslan Muharam berkata, jalan sejauh 400 meter itu bakal dinaik taraf dalam masa terdekat.

“Kawasan ini sedikit lembab kerana selalu berlaku banjir dan ianya tidak dapat dilalui seperti lori untuk mengangkat hasil pertanian mereka. 

“Jadi untuk selesaikan masa itu, mereka telah cadangkan kepada kita untuk laksanakan projek naik taraf kepada konkrit supaya apabila berlaku banjir, ianya tidak akan jadi kerumitan untuk penduduk mengeluarkan hasil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke jalan berkenaan di sini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, projek naik taraf jalan berkenaan menelan kos sebanyak RM300,000.

Katanya, projek naik taraf itu dijangka siap dalam tempoh seminggu bergantung kepada keadaan cuaca. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sistem solar bantu tingkat kesejahteraan komuniti luar bandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular