HomeUtamaCubaan seludup minuman keras tumpas, suspek lelaki tempatan ditahan

Cubaan seludup minuman keras tumpas, suspek lelaki tempatan ditahan

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya mematahkan cubaan seludup pelbagai jenis minuman keras dengan nilai rampasan berjumlah lebih RM450,000.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, pada 12 Jun lalu, lebih kurang jam 11.00 malam, bertindak atas maklumat oleh Cawangan Risikan, pasukan serbuan yang terdiri daripada anggota Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu telah menahan dan membuat pemeriksaan ke atas sebuah lori rigid di Kilometer 1.0, Jalan Lama Papar- Kota Kinabalu.

“Hasil pemeriksaan fizikal ke atas lori tersebut mendapati lori tersebut mempunyai muatan tong biru sebanyak 30 buah yang diletakkan dan disusun di permukaan atas muatan lori tersebut.

“Pemeriksaan lanjut ke atas muatan lori tersebut mendapati terdapat sejumlah 2500 karton minuman keras berlabel Malaysian Duty Not Paid (MDNP) pelbagai jenama yang disusun dan diletakkan di bawah timbunan tong-tong biru tersebut.

“Anggaran nilai harga bagi minuman keras yang dirampas adalah berjumlah RM68,766.00, manakala anggaran jumlah duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM278,457.60.

“Turut dirampas di dalam serbuan ini adalah sebuah lori rigid dengan anggaran nilai berjumlah RM100,00.00 dan lain-lain barang bernilai RM4,000.00. Jumlah keseluruhan nilai rampasan adalah berjumlah RM451,223.60,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Nasir berkata, pasukan operasi turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 43 tahun yang bertindak sebagai pemandu lori tersebut bagi membantu siasatan.

“Modus operandi bagi kes ini adalah menyembunyikan barang tidak berkastam bagi tujuan penyeludupan dan sekaligus mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kes sedang disiasat di bawah 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 kesalahan mengangkut barang tidak berkastam bagi tujuan mengelak membayar cukai,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular