HomeUtamaJerayawara BKNS terus dilaksanakan seluruh negara

Jerayawara BKNS terus dilaksanakan seluruh negara

Read Time:51 Second

Kelantan : Jerayawara Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) terus dilaksanakan bagi mendengar pelbagai pandangan, masalah serta isu yang dihadapi para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Sabah di seluruh negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, menerusi program itu, pihaknya juga dapat memberi taklimat dan sesi dialog berhubung hala tuju dan program yang dilaksanakan Kerajaan negeri.

“Alhamdulilah setelah kita dapat bantu menyelesaikannya dan kali ini 300 daripada mereka ada yang belum mendapat bantuan biasiswa.

“Kita akan membantu mereka melalui Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dan juga melalui bantuan daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS),” katanya.

Arifin berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada 300 pelajar Sabah di Kota Bharu Kelantan di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, kira-kira 300 pelajar Sabah dari Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian menyertai program tersebut.

Antara agensi terlibat Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Yayasan Sabah dan MUIS.

Kelantan dan Sarawak merupakan negeri terakhir bagi program berkenaan sebelum dilaksanakan di Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Gagasan Rakyat Likas jadi rakan strategik DBKK bagi penduduk di DUN...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular