HomePolitikTerus dalami ilmu, pengetahuan politik untuk fahami keperluan politik semasa

Terus dalami ilmu, pengetahuan politik untuk fahami keperluan politik semasa

Read Time:1 Minute, 23 Second

Sipitang : Semua pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Sindumin di semua peringkat perlu terus mendalami ilmu dan pengetahuan politik agar dapat memahami keperluan politik semasa.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, pemahaman mengenai politik semasa itu juga penting agar perjuangan parti yang digariskan oleh pucuk pimpinan sama-sama dicapai.

“Ilmu politik itu sangat kompleks dan bukan mudah dipelajari. Sebab itu perlu ada kefahaman kalangan pemimpin samada di bahagian, sayap-sayap dan cawangan dalam mencapai matlamat atau visi parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Bengkel Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi PGRS Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin di Kompleks Kebudayaan Lundayeh Sipitang, di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin Datuk Ir Mustapa Kassim.

Bengkel dua hari itu dianjurkan Beliawanis Gagasan Rakyat Sindumin dihadiri dan dihadiri 428 peserta kalangan Ketua Cawangan, Ketua Sayap Cawangan, Setiausaha Cawangan, Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian dan juga AJK Sayap Bahagian Sindumin.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin berkata, sebab itu ketua-ketua di peringkat bahagian dan sayap-sayap parti perlu sentiasa memberi kefahaman kepada pemimpin dan ahi-ahli di akar umbi mengenai ilmu politik menerusi pelbagai platform termasuk menerusi penganjuran bengkel.

“Menerusi penganjuran bengkel ini, mereka diberi kefahaman mengenai visi dan matlamat hala tuju parti termasuk dalam membuat persiapan menghadapi Plihan Raya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menekankan pentingnya kesepakatan kalangan pemimpin dan ahli-ahli dalam sesebuah parti politik.

Menurutnya, tiadanya kesepakatan khususnya kalangan pemimpin boleh menyebabkan sesebuah parti itu berpecah belah.

“Sejarah politik di negara ini khususnya di negeri ini telah menunjukkan tiada kesepakatan kalangan pemimpin dalam sesebuah parti menyebabkan berlaku pecah belah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

UMNO Sabah Belum Buat Keputusan Muktamad Mengenai Kerjasama Pilihan Raya Negeri...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular