HomeUtamaOp PASIR lindungi kepentingan negara dari sebarang ancaman anasir luar

Op PASIR lindungi kepentingan negara dari sebarang ancaman anasir luar

Read Time:1 Minute, 47 Second

SANDAKAN: Kehadiran Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah dilihat penting sebagai satu strategi cegah rintang berpadu dalam melindungi kepentingan Negara daripada sebarang ancaman oleh anasir luar, berpandukan tiga kawasan lapisan berpadu merangkumi daratan, lautan dan udara.

Menerusi kenyataan media Kementerian Pertahanan Malaysia yang hari ini, usaha ATM itu berupaya meningkatkan keyakinan masyarakat setempat sekali gus merancakkan lagi pembangunan industri pelancongan, ekonomi dan sosial, selaras dengan Tonggak Pertama Strategi Pertahanan Negara dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP) 2020-2030.

Mohamed Khaled bersama delegasi Kementerian Pertahanan telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Operasi Padanan dan Sipadan Island Resort (Op PASIR) Sektor Bravo, Pulau Berhala, Sandakan, hari ini (7 Jul).

Sehubungan dengan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama delegasi Kementerian Pertahanan telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Operasi Padanan dan Sipadan Island Resort (Op PASIR) Sektor Bravo, Pulau Berhala, Sandakan, hari ini (7 Jul).

Semasa lawatan tersebut, Mohamed Khaled telah menerima taklimat yang disampaikan oleh Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (KATB 2), Brigedier Jeneral Wan Edenin Wan Mahsin berkenaan tahap pengoperasian Op PASIR yang dilaksanakan oleh ATB 2.

Operasi yang telah dilaksanakan sejak tahun 2002 ini bertujuan untuk melindungi kedaulatan dan keutuhan Timur Sabah daripada sebarang bentuk ancaman pencerobohan serta konflik.

Beliau turut berpeluang melihat dengan lebih jelas kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar kawasan operasi, meninjau keadaan keselamatan setempat dan bertemu dengan para pegawai dan anggota ATM yang ditempatkan di sekitar Sandakan.

Dalam lawatan itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan sumbangan berupa pembelian peralatan sukan dan rekreasi bernilai RM10,000 dari Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) bagi kegunaan anggota beroperasi di Op PASIR yang telah diserahkan kepada Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Wan Edenin Wan Mahsin.

Sumbangan tersebut, antara lain bertujuan menzahirkan keprihatinan Kementerian Pertahanan dan Kerajaan dalam menjaga kemaslahatan anggota ATM yang melaksanakan operasi di samping memastikan moral anggota tentera sentiasa berada di tahap yang tinggi.

Hadir sama semasa Lawatan Kerja ini adalah Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Fazal Abdul Rahman; dan Pegawai-pegawai Kanan ATM serta warga ATM sekitar Sandakan.

RELATED ARTICLES
Utama

Penjawat awam dan pesara ditahan berhubung rasuah RM66,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular